Realtime website trackingweb stats

Individu kurang gemar sajian berlemak boleh cuba resipi kari ayam tanpa santan, sedap & padu rasanya

Oleh ADINDA

Kari Ayam memang sedap, tetapi ada yang tidak begitu suka dengan hidangan yang berkuah santan.

Jadi, mari kita ikuti resepi Kari Ayam tanpa santan dari saudari Zurina Zulkefli.

Biasanya kita hanya dengar tentang Kari Ikan tanpa santan, kan?

Individu kurang gemar sajian berlemak boleh cuba resipi kari ayam tanpa santan, sedap & padu rasanya

Tetapi kali ini, resepi ini menggunakan ayam.

Ia sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan.

Amat berbaloi untuk anda cuba!

Bahan-bahan:

• Potongan ayam bahagian bertulang
• 3-4 ulas bawang putih – tumbuk
• 1 hiris halia – tumbuk
• 1 tangkai daun kari
• 1 biji bawang merah
• 2-3 tangkai cili kering – dipotong
• 1-2 biji cili hijau kecil
• 1 batang kulit kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 2-3 kuntum cengkih
• 1 biji buah pelaga
• 1 batang lobak merah – dadu
• 1-2 biji tomato – dadu
• 1 sudu teh asam jawa – bancuh dengan air
• Sedikit biji ketumbar
• Sedikit jintan manis
• 1 paket kecil serbuk kari pedas
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara masak:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, halia, dan rempah-rempah sehingga naik bau wangi.

2. Campurkan bawang merah, cili kering, lada hijau, dan daun kari ke dalam periuk. Gaul sehingga masak.

3. Masukkan tomato dan kacau sehingga lembut.

4. Apabila semua bahan tumis nampak layu dengan baik, tuangkan air asam jawa ke dalam periuk.

5. Sementara itu, tumbuk sedikit biji ketumbar dan jintan manis sehingga hancur.

6. Masukkan serbuk kari pedas, serbuk kunyit, ketumbar, dan jintan manis yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk.

7. Gaulkan rempah sehingga menjadi pes yang cantik dan pecah minyak. Wanginya semerbak.

8. Letakkan potongan ayam ke dalam kuali.

9. Campur rata sehingga ayam sebati dengan rempah. Biarkan jus dari ayam keluar.

10. Tuangkan air dan tambahkan lobak merah. Lebih sedap jika tambahkan ubi kentang.

11. Tutup kuali dan biarkan di atas api sederhana. Biarkan kari mendidih dan ayam masak sepenuhnya.

12. Tambahkan garam, gula, dan perasa secukupnya. Angkat dan hidangkan untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Baca:

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’

Ibu ini kongsi sambal ikan bilis kering untuk bekal anak ke asrama, boleh makan dengan roti atau nasi