Realtime website trackingweb stats

Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah

Oleh ABDULLAH HAMID

Baru-baru ini, berita tersebar melalui platform media sosial tentang diadakannya sebuah konsert di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada Sabtu malam yang lalu (24 Februari).

Video yang menjadi viral ini mendapat banyak kritikan, terutama kerana konsert itu dijadualkan pada malam Nisfu Syaaban, di mana umat Islam digalakkan untuk meningkatkan ibadah dan berdoa lebih banyak.

Selain dari pihak penganjur, kerajaan negeri Kedah juga turut dipersoalkan kerana membenarkan konsert tersebut berlangsung pada malam yang istimewa itu.

Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah

Walaubagaimanapun, agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri dikatakan tidak memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert tersebut.

Pihak penganjur langsung tidak menyatakan untuk mengadakan konsert

Mansor Zakaria, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Kesihatan negeri, mengungkapkan bahawa meskipun terdapat permohonan yang diajukan kepada kerajaan negeri, namun permohonan tersebut tidak sekali-kali menyebut tentang cadangan mengadakan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang telah tersebar luas di media sosial.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai perkara itu membabitkan konsert dikenali sebagai ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada malam 24 Februari.

“Penganjur memohon untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan mengikut garis panduan kerajaan negeri saja dan itulah yang diluluskan.

“Justeru penganjuran konsert adalah tanpa kebenaran mana-mana agensi kerajaan negeri dan ini adalah satu pelanggaran syarat yang sangat serius oleh pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan semalam (25 Februari) dipetik Harian Metro.

Kerajaan Kedah akan memanggil pihak penganjur untuk minta memberikan penjelasan

Menurutnya, kerajaan negeri akan menghubungi penganjur tersebut untuk memberi penjelasan dan akan membuat keputusan tentang langkah-langkah seterusnya mengikut undang-undang selepas itu.

Mansor menjelaskan bahawa mana-mana pihak yang melanggar syarat selepas diberikan kebenaran untuk menganjurkan sesuatu acara akan disenarai hitamkan dalam apa jua program di Kedah pada masa akan datang.

Penganjur konsert, Faris Azri Choii tampil membuat mohon maaf secara terbuka

Pada masa yang sama, peniaga dan individu yang dikenali sebagai Faris Azri, yang merupakan penganjur konsert semalam, telah meminta maaf secara terbuka melalui video di akaun TikTok miliknya.

Faris, yang juga pemilik jenama pakaian tempatan ‘Choii’, menjelaskan bahawa video yang menunjukkan penonton melompat-lompat sebenarnya berlaku pada Jumaat malam dan bukan pada malam Nisfu Syaaban.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa konsert juga berlaku pada malam Nisfu Syaaban dan memohon maaf atas kesilapannya.

Pada masa yang sama, Faris juga ingin meminta maaf kepada kerajaan negeri Kedah dan menjelaskan bahawa pihaknya tidak berkaitan dengan konsert tersebut.

@farisazriiPermohonan maaf daripada saya mengenai isu di Negeri Kedah …

♬ Cap – burrell

Baca:

Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu

“Sejujurnya saya …” – Anna Jobling sifatkan Puteri Ameerah sangat tertib, sempat ‘girl talk’ 2 jam

Jaga-jaga musim panas! Bunyi dengusan bawa penemuan ular tedung di bawah sofa