Masalah ‘tidur mati’ dialami Alya Iman boleh dianggap tahap teruk hinggakan bomba datang ke rumahnya selepas berulang kali panggilan tidak berjawab.
Pelakon itu rupanya berdepan masalah ‘sleeping disorder’ sejak kecil, tetapi tidaklah kerap.
“Keadaan ini bukan disengajakan. Saya tahu, ada pihak kecam saya dan mendakwa saya menyusahkan kru produksi apabila lambat pergi ke set penggambaran.
“Fikirlah, kalau sengaja, tidaklah sampai anggota bomba datang ke rumah.
“Ketika itu, saya tidur lena dan apabila orang ketuk pintu berulang kali, saya tidak bangun… Mungkin ketika itu, saya terlalu letih.
“Namun, kadang-kadang terjadi insiden saya tidur biasa dan cukup, bukan tidur lambat.
“Namun, saya masih tidak sedarkan diri apabila tidur,” ujarnya, dipetik BH.
Dalam masa sama, dia turut menafikan dakwaan segelintir pihak dirinya mengalami masalah tidur berikutan mengambil bahan terlarang.
“Saya perasan pelbagai spekulasi muncul apabila video yang menceritakan insiden anggota bomba datang rumah, dikongsi.
“Saya mahu tegaskan, saya tidak ambil apa-apa bahan terlarang,” katanya yang berlapang dada menerima reaksi netizen akibat pengakuan itu.
Akibat masalah tidur itu, Alya menyerahkan kunci kediaman kepada pengurus sebagai langkah berjaga-jaga jika insiden ‘tidur mati’ berulang.
“Saya juga menetap bersama teman baik, dia akan kejutkan saya jika terjadi apa-apa,” katanya.
Menurutnya, keluarga dan individu yang mengenali dirinya secara rapat tahu masalah ‘sleeping disorder’ dialaminya itu.
“Saya teringat, sebelum kes anggota bomba datang rumah, ada juga orang lain yang pernah datang dan pecahkan pintu rumah. Ketika itu, arwah ayah saya masih ada.
“Ketika kecil, saya pernah berjalan sambil tidur atau ‘sleep walking’ sampai ‘temani’ arwah abah tonton perlawanan bola sepak pada awal pagi,” katanya lagi.
Baca:
Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara
Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah
Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat