Ada pihak yang ‘dengki’ dengan pencapaian Arab Saudi yang menerima banyak pengiktirafan Guinness World Records.
Para ‘haters’ itu menganggap beberapa pencapaian negara Asia Barat itu sebagai ‘membosankan’.
Boleh pula mereka anggap rekod Arab Saudi memiliki hospital pergigian terbesar di dunia sebagai ‘membosankan’.
Minggu lalu, badan pengiktirafan rekod dunia itu mengumumkan 10 anugerah baharu kepada Arab Saudi.
Walau bagaimanapun, lapor portal berita Mail Online keputusan itu dikritik oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.
Rekod dipegang Arab Saudi termasuk berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan pun boleh dilabel sebagai ‘membosankan’.
Bagi mereka yang jelas dengki, pelbagai rekod lain lebih menarik dan unik seperti janggut terpanjang dimiliki wanita dan lawatan berturut-turut ke Disneyland.
Lagi pengiktirafan diterima Arab Saudi tetapi ‘membosankan’ para ‘haters’ termasuk takungan air minuman berbumbung terbesar.
Arab Saudi juga memegang rekod dunia untuk unit penyulingan air laut terbesar.
Pencapaian negara itu sehingga diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia seperti teknologi penyahgaraman mampan membabitkan kapasiti harian 92,000 meter padu.
Bahkan, dianugerahkan rekod penggunaan tenaga terendah untuk loji penyahgaraman air di seluruh dunia, Arab Saudi telah mengambil langkah penting ke arah memenuhi pelan tindakan Inisiatif Hijau Saudi.
Lapor akhbar The Sunday Times dalam analisisnya, Arab Saudi meningkatkan jumlah rekod dunianya dengan pantas berbanding lima tahun lalu.
Sebelum 2019, Arab Saudi menerima 54 anugerah Guinness World Records, namun bilangan itu kemudian meningkat kepada 160.
Tahun lalu sahaja, Arab Saudi menerima 56 pengiktirafan seperti ruang bilik belajar terbesar di dunia.
Baca:
Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara
Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah
Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat