Tidaklah mudah untuk mencipta resepi pes ikan bakar yang benar-benar sedap dengan tekak masing-masing.
Kadang-kadang apabila membeli pes segera, tidak semua sesuai dengan selera kita, betul kan?
Jika ingin membuat pes ikan bakar yang sangat sedap, anda boleh mengikuti resepi dalam artikel ini.
Rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah mendapat perkongsian 14,000 di media sosial 5 tahun yang lalu.
Pada mulanya, makcik saya beliau enggan untuk berkongsi rahsia ini kerana banyak kedai dan restoran yang mencuri resepi beliau.
Setelah saya merayu-rayu selama sebulan, barulah dia bersetuju untuk berkongsi.
Mungkin apabila usianya meningkat, dia merasa perlu untuk mendedahkan resepi ini.
Dia percaya ilmu yang berguna akan kekal bersama kita walaupun kita telah meninggal dunia.
Jadi, mari kita berkongsi bersama-sama.
Jangan makan seorang sahaja.
Siapa di sini yang ingin menikmati ikan bakar berempah tanpa perlu mengeluarkan banyak wang?
Jika makan di kedai, sekurang-kurangnya anda perlu mengeluarkan RM300-RM400 untuk satu keluarga.
Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Resepi yang akan saya tulis ini sesuai untuk seekor ikan merah atau kerapu beratnya 1-1.5kg sahaja.
Selepas ini, anda boleh menyesuaikan kuantitinya mengikut kesesuaian anda.
Bahan kisar:
• 3 inci halia
• 3 inci lengkuas
• 12 biji bawang merah
• 1 setengah bawang holland
• 4 batang serai besar
• 2 sudu kecil udang kering
• 3 biji cili merah besar
• 4 helai daun limau purut
• 6-10 cili kering
Kisarkan semua bahan kat atas.
Pastikan betul-betul lumat ye.
Kalau tak rasa dia kurang ‘umphh’ orang kata.
Bahan tambahan:
• 5 sudu cili kisar
• 2 keping asam keping
• 1 sudu kecil gula melaka
• Gula putih
• Garam
• Penambah perisa (Knorr)
• Sedikit minyak
Cara penyediaan pes:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi.
2. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
3. Masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu.
4. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
5. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa.
6. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap.
7. Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi:
8. Siang ikan dan basuh betul-betul.
Musim corona ni, utamakan kebersihan ye.
Tapi jangan pulak basuh dengan sabun.
Gosok je banyak kali dengan air bersih.
9. Sediakan daun pisang besar-besar.
Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar.
10. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan.
Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata.
Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
11. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit.
Sambil tu cuba la selak sikit takut terlebih masak.
Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang.
Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)
Baca:
“Okay mummy naikkan …” – Untung Aaisyah apabila Che Ta bermurah hati bagi ini