Realtime website trackingweb stats

‘Tolong parking tempat lain’ – Rupanya dah jadi trend orang flat bagi nota berebut tempat letak kereta

Oleh NOR SITI HAZLINDA

“Tolong parking tempat lain… Rumah hujung parking dekat rumah sendiri. Kami nak parking. Sorry dari hamba Allah. Sekian”.

Itu isi nota pada sehelai kertas yang dikongsikan pengguna Facebook, Nur Asraf di kumpulan Facebook Bukit Sentosa/Beruntung Resident yang dianggotai seramai 82,700 ahli.

“Pada hamba Allah yang tinggalkan nota ini, terima kasih diucapkan pada penduduk Rumah Pangsa Seri Anggerik 1.

'Tolong parking tempat lain' - Rupanya dah jadi trend orang flat bagi nota berebut tempat letak kereta

“Apa yang saya sedia maklum, penduduk di kawasan parking kereta ini bukan lot parking individu.

“Jika saya salah maklumat ini bolehlah ‘pm’ saya untuk saya tahu, maklumkan kepada saya ini adalah salah. Terima kasih,” tulisnya.

Perkongsian Nur Asraf tersebut meraih perhatian warganet terutamanya penduduk di kawasan perumahan terletak di daerah Hulu Selangor itu.

Rata-ratanya menyebelahi Nur Asraf dengan antara lain menuding jadi kepada sikap sesetengah penghuni rumah pangsa di unit bawah yang seolah-olah berangan macam turut membeli petak parking.

“Berlagak macam duduk rumah teres. Selalunya jenis yang cop cop parking ni rumah bawah. Mereka ingat beli rumah sekali parking dapat.

“Ada yang kita sampai dulu nak parking tapi kena jauh padahal yang dekat-dekat ada je kosong tapi diletak motor, kerusi, ampaian. Bengang betul rasa.

“Kalau rumah hujung duduk tingkat atas-atas tu kena parking bertindih gamaknya!

'Tolong parking tempat lain' - Rupanya dah jadi trend orang flat bagi nota berebut tempat letak kereta

“Inilah bangsa rumah flat yang ingat beli rumah dapat free parking. Pergi beli kondo lah. Ni kalau bukan orang lama situ, orang ground floor.

“Kesian pada yang duduk rumah atas, dianaktirikan. Dapat duduk rumah bawah auto dapat parking lot.

“Rumah atas disuruh parking hujung-hujung,” demikian antara kecaman dan sindiran netizen.

Namun, rupanya, perangai tiada kesedaran sivik berebut tempat parking ini juga wujud di kawasan rumah teres seperti dikongsikan Noor Azhar.

Katanya, di kawasan ‘rumah taman’ juga bergaduh tempat parking kereta dengan jiran sebelah.

“Parking depan padang tu bukan hak persendirian. Saya mengadu dalam group taman dia pulak datang serang.

“Minggu depannya, tengok-tengok dia naik tembok. Lantaklah kau Siti. Asalkan aku bahagia!” tambahnya lagi.

Baca:

Netizen persoal di mana penguatkuasa apabila pendatang asing tambat lembu di kaki lima, cetus amarah ramai

Mesir bertegas tidak terima Palestin, namun sedia beri bantuan kemanusiaan

Ramai tertanya apa jadi pada Tun Mahathir, ini situasi terkini bekas PM tertua di dunia