Realtime website trackingweb stats

Keakraban dan kerjasama 10 beradik ini DIY sendiri rumah ibu bapa cetus inspirasi

Oleh AHMAD ISMAIL

Kasih sayang anak membawa kebahagiaan, begitulah satu perumpamaan yang sesuai bagi anak-anak yang memperbaharui rumah ibu bapa mereka.

Kongsi saudara Faisal Suhaimi di Kumpulan Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka bersama-sama adik beradik dalam menukar suasana rumah ibu bapa mereka sangat mengagumkan.

Untuk makluman, proses pembaikan rumah mengambil masa kira-kira satu bulan dan kos keseluruhan yang dikeluarkan adalah kurang dari RM 10,000.

Sebelum

Keakraban dan kerjasama 10 beradik ini DIY sendiri rumah ibu bapa cetus inspirasi

Menceritakan kisah bagaimana 10 adik-beradik ini bersemangat untuk mengubah rumah ibu bapa mereka menjadi sesuatu yang istimewa daripada yang biasa, Faishal Suhaimi, anak ke lima daripada mereka, berkongsi pengalaman tersebut.

Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.

“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”

Apabila ditanya tentang siapa yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan sungguh menakjubkan.

Selepas

Keakraban dan kerjasama 10 beradik ini DIY sendiri rumah ibu bapa cetus inspirasi

“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.

“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.

“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.”

“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”

“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”

Baca:

Terima ucapan tahniah, penyanyi tersohor ini bakal kahwin lagi?

Ramai tertanya apa jadi pada Tun Mahathir, ini situasi terkini bekas PM tertua di dunia

Anak nak start sekolah? Ibu bapa perlu baca ini elak memudaratkan anak-anak