Realtime website trackingweb stats

“Saya rasa …” – Tunang tiba-tiba beli rumah sebelah rumah ibu sendiri, wanita dilema pilih kerjaya atau ikut kata pasangan

Oleh AHMAD ISMAIL

Biasanya, sebelum berkahwin, setiap pasangan akan berbincang tentang perkara-perkara penting untuk persediaan hidup bersama.

Mereka akan membincangkan hal-hal seperti cara menyara pasangan, tempat tinggal, cara berkongsi tanggungjawab rumah, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa ada sesetengah bakal suami yang cenderung untuk mendominasi atau hanya memikirkan kepentingan diri sendiri ketika membuat keputusan tanpa mengambil kira perasaan pasangan mereka, seperti yang dialami oleh wanita dalam situasi ini.

Saya rasa Tunang tiba tiba beli rumah sebelah rumah ibu sendiri wanita dilema pilih kerjaya atau ikut kata pasangan

“Saya ni nak kata berkerjaya tu tak la, cuma saya ada kerja yang tetap. Duduk Kuala Lumpur, boleh bagi mak ayah duit bulan-bulan.

“Tiba-tiba tunang saya beritahu yang dia dah beli rumah dekat kampung dia, sebelah rumah ibunya. Saya terkejut sebab benda ni secara tiba-tiba.

“Pertama sekali, sudah tentu saya kena tinggalkan kerjaya saya dekat KL. Keduanya saya duduk jauh dengan parents saya, ketiga, saya rasa macam dikawal sampai saya tak ada hak nak cakap apa-apa.

“Rumah dia beli tu kira kawasan pedalaman. Dia kata tak payah kerja, jadi suri rumah. Dia pun nak tinggalkan kerja dia sekarang dan nak berniaga saja,” luahnya.

Menurut perempuan itu, dia tidak bermaksud untuk tidak bersyukur tetapi dia merasakan bahawa tindakan tunangnya adalah tidak adil kerana tidak ada perbincangan sebelum membeli rumah itu.

“Sebelum ni saya cakap tak nak duduk serumah dengan mentua, last sekali dia beli rumah betul-betul sebelah rumah ibunya tanpa pengetahuan saya.

“Bukan ke benda ni kena berbincang dulu? Saya juga fikir mak ayah saya yang dah tua.

“Saya nak bagi duit dekat mak ayah setiap bulan. Kalau saya berhenti kerja dan duduk sangat jauh, macam mana dengan mak ayah saya,” luahnya lagi.

Seorang gadis yang akan segera berkahwin mengatakan bahawa situasi itu membuat dia berasa ragu-ragu dan memikirkan untuk tidak meneruskan hubungannya dengan tunangnya.

“Kadang fikir kenapalah jalan hidup aku macam ni. Setiap kali saya sahaja yang dengar semua arahan dia, padahal belum jadi suami lagi ni.

“Saya rasa menyesal sangat nak teruskan semua ni. Adakah saya yang salah kerana terlalu emosi atau saya buat keputusan yang betul untuk cancel perkahwinan ni. Tolonglah semua saya penat menangis,” kongsinya dalam laman grup Luahan Hati Seorang Isteri.

Apabila melihat komen-komen, kebanyakan orang bersetuju dengan pendapat wanita itu yang tidak mahu meneruskan perkahwinan kerana risau dia akan berasa kecewa nanti.

“Menangis sekarang tak apa, jangan menangis kemudian hari. Tolong sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Fikirlah habis-habis, sekali terikat, susah untuk undur kembali.

“Lepas kahwin, semua keputusan suami buat tanpa berbincang. Sis makan hati, sudahlah tak ada kerja, suami pun berhenti kerja. Kedua, kesian parents sis, sis nak ke seumur hidup menyesal?

“Semua vote untuk cancel. Jangan dah kahwin nanti awak luah lagi dekat sini betapa seksanya mengharap duit laki. Jaga anak jaga mentua dan tak ada kawan sebab duduk jauh daripada persekitaran sekarang,” demikian antara komen netizen.

Baca:

Terima ucapan tahniah, penyanyi tersohor ini bakal kahwin lagi?

Ramai tertanya apa jadi pada Tun Mahathir, ini situasi terkini bekas PM tertua di dunia

Anak nak start sekolah? Ibu bapa perlu baca ini elak memudaratkan anak-anak