Realtime website trackingweb stats

Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombak

Oleh AHMAD ISMAIL

“Maafkan saya bang, saya sudah berenang untuk selamatkan,” kata seorang suri rumah, Nora Elina Abdul Khalil.

Suami Nora Elina, Zulkarnain Mohamed Zubir, berusia 44 tahun, telah dilihat sedang bermain dengan ombak di Pantai Batu Burok.

Tetapi dia telah hilang akibat dihanyutkan oleh arus laut.

Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombak

Nora Elina, 44 tahun, berkata dia melihat Zulkarnain hilang di dalam air selepas dihanyutkan oleh ombak pada jam 11.20 pagi.

“Cuba mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkannya.

“Ketika berenang ke arahnya, saya turut dihanyutkan arus sebelum berpatah balik ke pantai kerana bimbang turut ditenggelamkan ombak,” katanya ketika di temui di lokasi kejadian.

Nora Elina bersama suaminya, Zulkarnain Mohamed, serta dua anak perempuannya yang berusia antara 9 hingga 11 tahun sedang bercuti di negeri itu.

Mereka telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di Batu Burok pada Jumaat yang lepas dan dijangka akan mendaftar keluar esok.

Nora Elina memberitahu bahawa sebelum kejadian, suaminya sedang berseronok bermain ombak di tepi pantai manakala dia dan kedua anaknya sedang menikmati bermain pasir di pantai.

“Seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di tempat kejadian juga cuba menyelamatkan Zulkarnain tetapi gagal dan terus menghubungi pengurusan hotel,” katanya sambil mengharapkan suaminya ditemui dalam keadaan selamat.

Baca:

Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda

Amalan orang dulu – dulu, ketahui kebaikkan minum air rebusan daun pandan

Roti telur menu sarapan keluarga, sekejap je confirm habis