Realtime website trackingweb stats

Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat

Oleh FATIN AQILAH

 

Mi kari merupakan sejenis sup mi pedas yang dihiasi dengan pelbagai bahan popular di Malaysia.

Kuahnya sangat penting kerana memberikan hidangan ini citarasa yang istimewa.

Bagi yang ingin tahu, terdapat rahsia tertentu untuk membuat kuah mee kari ini menjadi lebih sedap.

Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat

Melalui perkongsian dari Kak Chik, anda perlu menambah beberapa bahan penting ke dalam masakan ini untuk mencapai citarasa yang sedap dan memikat!

Resepi Mee Kari ini Kak Chik diperoleh dari kawan yang belajar memasak dari chef di hotel.

Rahsia untuk menjadikan kuah mee kari lebih sedap adalah dengan menambah susu cair serta campuran isi udang dan ikan bilis.

Bahan A – kisar

• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
• Cili kering
• Segenggam ikan bilis

Bahan B:

• Santan pekat – 1kg
• Susu cair – 1 tin

Bahan C:

• Serbuk kari – 2 senduk besar dibancuh dengan air
• Daun kari
• 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan D:

• Isi udang 1/2 cawan – dikisar kasar
• Air secukupnya
• Garam
• Kiub ayam
• Asam keping
• Gula
• 3 biji kentang direbus – kisar halus

Bahan E:

• Udang
• Fish ball dan fish cake
• Tauhu kering

Bahan tabur:

• Bawang goreng
• Daun sup
• Taugeh
• Limau
• Telur rebus
• Cili merah

Langkah memasak:

1. Panaskan minyak dahulu, kemudian goreng bahan A.

2. Selepas itu, tambahkan bahan C dan biarkan ia masak sehingga rempahnya pecah minyak.

3. Kemudian, campurkan bahan B & D yang dikacau sehingga berbuih.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E.

Baca:

Terlalu utamakan ruang peribadi, Malaysia duduki tempat ke-3 paling ramai ‘single’

‘Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg’ – Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu