Seorang lelaki telah ditemui memuat naik video di TikTok pagi tadi yang berdurasi lima saat mendakwa beliau membakar sebuah kereta polis bantuan.
Kejadian ini disyaki berlaku di Mutiara Damansara kira-kira jam 1 pagi.
Dalam rakaman video lima saat itu, lelaki tersebut kelihatan bersama kereta yang sedang terbakar.
Lelaki tersebut juga memuat naik hantaran yang mengatakan beliau puas hati dapat membakar kereta polis #polistakdekeje.
Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid, telah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
“Pihak polis ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini,” katanya.
Mohd Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.
Baca:
Cara buat ‘fish noodle soup’ mudah dan senang, menu popular di restoran Cina
Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa
Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai