Realtime website trackingweb stats

Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa

Oleh NURAIMAN

Goreng kacang tanah untuk membuat kuah kacang dan sebagainya memang memerlukan masa yang agak lama.

Jika kacang tidak dikacau secara kerap, ia akan mudah terbakar.

Jangan biarkan api terlalu besar.

 Cara luar biasa goreng kacang tanah guna 'gadget' dapur ini, paling penting jimat masa

Jika kacang terbakar, rasanya akan menjadi pahit.

Bagaimana kalau kita mencuba cara lain untuk menggoreng kacang?

Jika ada airfryer di rumah anda, menggoreng dengan menggunakan alat ini akan lebih mudah.

Cara-caranya:

1. Masukkan kacang ke dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius, dan biarkan selama 20 minit.

2. Pusingkan kacang 1-2 kali supaya masak dengan rata.

3. Untuk setiap kilogram kacang, bakar dua kali.

Dengan cara ini, kacang akan menjadi lebih rangup, dan anda akan menghemat masa dan tenaga kerana tidak perlu mengacau.

Belum cuba belum tahu.

Selamat Mencuba!

Baca:

Penduduk gelar remaja ini ‘Newton versi Gaza’ selepas hasilkan sumber elektrik guna barang terbuang

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie

Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit