Setiap kali pergi ke restoran makanan Cina Muslim, pasti menjadi kesukaan ramai dengan hidangan berkuah atau sup kerana rasanya sangat menyegarkan.
Antara hidangan yang boleh dipilih untuk bersup ialah Shark Fin Soup dan Sup ABC.
Tetapi, terdapat satu lagi hidangan yang dipanggil Fish Noodle Soup yang tidak disediakan di semua restoran Cina Muslim.
Bagi penggemar makanan seperti ini mesti anda pernah merasa dan teringat-ingat tentang kesedapan mengirup kuah tersebut.
Anda tak perlu penat mencari restoran yang menyajikan hidangan ini kerana anda juga boleh memasaknya sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
- Fish Fillet
- Bihun besar (Boleh guna brand mee yang anda suka)
- Susu Cair
- Stok Ayam atau Stok Ikan Bilis
- Daun Bawang
- Tomato
- Halia
- Lada Sulah
- Minyak Bawang
- Chilli Flakes
- Tamauhu Jeoun
- Air
Cara-caranya:
1. Mee ramen ni sebenarnya sama macam mee kuning, cuma ia versi putih.
Dalam satu bungkus ada 3 bahagian, yang cukup untuk makan 1-2 orang.
Anda boleh beli di mana-mana pasaraya.
Orang Cina suka guna bihun gemuk, iaitu bihun yang agak besar.
Bihun tersebut perlu direbus sebentar dalam air panas.
Saiznya lebih kurang seperti ‘angel hair’.
Ikan yang dilihat dalam gambar ini ialah ikan talapia.
2. Selepas ikan talapia di fillet, potong kecil-kecil dan balut dengan tepung jagung.
Anda boleh gunakan ikan lain yang mudah garing apabila digoreng atau ikan yang mempunyai daging putih yang enak apabila digoreng garing.
Jangan menggunakan ikan cencaru atau tongkol.
3. Goreng dan jangan hanya goreng sekejap seperti goreng telur mata.
Perlu guna minyak yang banyak!
4. Goreng sehingga betul-betul garing. Bagaimana nak tahu dah betul-betul garing?
Apabila tepung jagung yang melekat pada ikan telah berubah menjadi warna coklat.
Ia akan menjadi rangup.
5. Gunakan satu sudu besar minyak sisa dari menggoreng isi ikan tadi.
Tumislah empat keping halia yang dipotong nipis.
Lebih sedap jika menggunakan periuk tanah liat atau periuk, supaya ada rasa Cina yang lebih.
6. Apabila halia sudah mulai garing dan mengeluarkan bau harum, masukkan 500ml air.
7. Tambahkan 1½ sudu serbuk pati ayam atau pati ikan bilis, secubit lada sulah, kemudian masukkan cendawan ketam (pilihan) dan tauhu Jepun.
8. Tuangkan 4-5 sudu besar susu cair.
Saya gunakan susu Marigold berlabel hijau.
Ingat, nisbahnya adalah 1 sudu besar susu = 100ml air.
9. Masukkan separuh biji tomato yang dipotong nipis dan masak sehingga mendidih.
Jika suka lebih masam, tambahkan sedikit tomato.
Jangan lupa letak tauhu jepun.
Tutup api dan tambahkan isi ikan yang telah digoreng tadi.
10. Campurkan mee dan daun bawang.
Mee ramen ini istimewa, cukup bilas dengan air saja.
Tak perlu rendam dengan air panas. Rasanya tidak akan berterigu.
Tambahkan minyak bawang dan serbuk cili untuk sedikit rasa pedas.
Selamat mencuba!
Baca:
Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie
Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit
Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari