Realtime website trackingweb stats

Resipi kuih gula melaka cara orang dulu untuk juadah minum petang

Oleh ABDULLAH HAMID

Kuih ni namanya Kuih Gula Melaka Meleleh.

Biasanya kita guna gula pasir biasa, tapi kali ni kita boleh letak gula melaka ikut selera sendiri.

Rupanya, dengan gula melaka, kuih ni jadi lagi sedap dengan bau yang harum.

Resipi kuih gula melaka cara orang dulu untuk juadah minum petang

Jangan lupa cuba, senang je!

Bahan-Bahan:

• 1 cawan air pandan
• 100ml Santan Kelapa U.H.T Ayam Brand
• 1 biji telur
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/8 sudu kecil pewarna hijau
• secubit garam
• 1 mangkuk gula melaka yang telah dihancurkan (inti)

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan air pandan, santan, telur, tepung dan sedikit garam ke dalam pengisar bersama dengan pewarna hijau.

Kisar sehingga menjadi halus, kemudian toskan ke dalam mangkuk atau bekas.

2. Pastikan acuan sudah dipanaskan terlebih dahulu dan disapukan dengan sedikit minyak.

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan letakkan satu sudu teh gula melaka di tengahnya.

Biarkan masak selama kira-kira 5 minit tanpa perlu terbalikkan.

3. Apabila sudah masak, angkat dari acuan dan letakkan mengadap ke bawah.

Ulang langkah ini sehingga semua adunan habis dimasak.

Ingatlah untuk menyapu acuan dengan minyak setiap kali meletakkan adunan baru.

Resepi oleh: Julia Aleen Aireish

Selamat mencuba!

Baca:

Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas

Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja

Gadis menyondol tak fikir panjang, patutlah suami tak mahu sahkan perkahwinan, rupanya…