Realtime website trackingweb stats

Nilai barang seludup ini dah boleh beli rumah sebuah – 840,000 batang rokok dirampas

Oleh NURAIMAN

Bisnes barang seludup memang menguntungkan apabila nilai rampasan untuk satu-satu operasi sahaja dah boleh beli rumah sebuah.

Sebanyak 840,000 batang rokok putih jenis Forman bernilai RM877,800 termasuk cukai dirampas di sebuah rumah di Georgetown pada 8 Februari.

Rampasan ddi rumah yang dipercayai dijadikan tempat simpanan rokok seludup itu dilakukan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang.

Nilai barang seludup ini dah boleh beli rumah sebuah - 840,000 batang rokok dirampas

Menurut Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komissioner Rusley Chi Ari, pihak polis telah melancarkan OP Taring Landai / Kontraban bermula 6 Februari lalu di sekitar kawasan George Town.

“Menerusi pemerhatian dan risikan yang dijalankan, Unit Risikan Marin (URM) pada 8 Februari telah berjaya mengesan sebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan rokok tidak bercukai.

“Pemerhatian selama hampir 72 jam mendapati tiada orang yang hadir ke premis berkenaan,” katanya di George Town, 9 Februari.

Jelasnya, polis menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut dan berjaya merampas 84 kotak berisi 4,200 karton bersamaan 840,000 batang rokok putih jenis Forman.

“Kesemua rokok yang dirampas ini dianggarkan bernilai RM877,800 termasuk cukai.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket rokok seludup itu dan pemilik rumah tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak polis akan terus menjalankan operasi dan serbuan bagi membanteras jenayah penyeludupan kontraban yang merugikan pihak kerajaan.

Baca:

Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru

“Guna kain kotor bersihkan …” – Bekas pekerja dedah perangai pengotor segelintir pekerja hotel kemas bilik

Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers