Realtime website trackingweb stats

Banyak kes jubin lantai meletup, pastikan buat ini dahulu sebelum pasang

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kes pecah jubin sering berlaku setelah tamat tempoh jaminan penyelenggaraan rumah.

Hanya mereka yang pernah mengalami kejadian ini sahaja yang benar-benar memahami kesakitan dan kepedihan hati melihat rumah yang tidak sempurna dengan lantai yang retak dan pecah.

Keadaan ini disebabkan oleh pemasangan jubin yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

Banyak kes jubin lantai meletup, pastikan buat ini dahulu sebelum pasang

Pemasangan jubin yang tidak mematuhi spesifikasi boleh menyebabkan masalah untuk pemilik rumah pada masa akan datang.

Beberapa faktor yang menyebabkan jubin meletup termasuklah:

  1. Tanah di bawah rumah lembap.
  2. Tidak menggunakan besi BRC pada lantai.
  3. Pemasangan tiles yang tidak mengikuti spesifikasi.
  4. Tahap kesukaran pemasangan konkrit secara rata di semua bahagian tiles terutama yang besar menyebabkan terdapat ruang udara yang boleh mengembang.

Cara penyelesaiannya:

Untuk memperbaikinya, langkah pertama ialah membongkar papan jubin yang telah dipasang.

Kemudian, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga kering.

Setelah itu, pasang jubin yang baru menggunakan pelekat yang elastik.

Satu contoh pelekat adalah yang diperbuat daripada bahan polyurethane.

Untuk mengelakkan masalah serupa berulang, pasang joint sealant setebal 2cm pada permukaan jubin yang bersebelahan dengan dinding.

Baca:

“Guna kain kotor bersihkan …” – Bekas pekerja dedah perangai pengotor segelintir pekerja hotel kemas bilik

Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru

Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers