Realtime website trackingweb stats

Dulu kecoh menyondol, heboh pula anak Abby nikah senyap-senyap di Songkhla

Oleh ABDULLAH HAMID

Tanpa ada isu yang diberitahu sebelumnya, tiba-tiba sahaja Marissa Dania Hakim, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aslam.

Laporan dari Harian Metro menyatakan bahawa pasangan tersebut dikatakan telah mengikat tali pertunangan di Songkhla, Thailand pada bulan Disember yang lepas.

Mengikut sumber, perkahwinan antara Marissa dan lelaki tersebut berlaku tanpa pengetahuan keluarga gadis tersebut dan juga isteri pertama Aslam.

Dulu kecoh menyondol, heboh pula anak Abby nikah senyap-senyap di Songkhla

“Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan.”

Pada masa yang sama, sumber juga mengatakan bahawa hubungan mereka kembali rapat selepas Aslam dan Misya berbaik semula dan kontroversi mengenai hubungan mereka mereda.

Sebelum ini, Marissa telah menerima kritikan yang hebat kira-kira setahun yang lalu apabila dakwaan muncul bahawa dia adalah pihak ketiga dan bertanggungjawab atas runtuhnya rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan Norman dan Abby tidak berhasil.

Baca:

‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!

Hanya guna duit 10 sen untuk cek tayar kenderaan okay ke tidak

Patutlah lalat susah ditangkap, rupanya ini sebabnya