Pasukan Malaysia telah melakar sejarah dengan meraih pingat perak dalam kategori restoran segera di Pertandingan Olimpik Kulinari yang diadakan di Stuttgart, Jerman.
Walaubagaimanapun, Malaysia berkongsi pingat tersebut bersama-sama dengan Czech dan Hong Kong selepas mencapai jumlah mata yang sama.
Pingat emas pula dimenangi oleh pasukan dari Sweden dan Switzerland, yang menegaskan kedudukan mereka sebagai pemain utama dalam bidang kulinari.
Manakala, Estonia mendapat pingat gangsa dalam kejohanan ini.
“Untuk acara meja cef esok, pasukan negara telah menetapkan sasaran untuk meraih pingat emas.
“Mereka telah bersedia dengan baik dan berlatih dengan tekun untuk memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan terbaik untuk mencapai matlamat mereka.
Dengan semangat dan komitmen yang tinggi, mereka berharap dapat mewakili negara dengan kebanggaan dan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” kata penolong pengurus pasukan negara, Soon Pun Voo.
Menurut mereka, pencapaian pasukan Malaysia meraih pingat perak adalah sesuatu yang amat membanggakan dan akan menjadi satu bab dalam sejarah masakan negara.
Olimpik Kulinari Dunia berlangsung mulai dari 2 hingga 7 Februari ini.
Kali terakhir Malaysia menyertai pertandingan ini adalah pada tahun 2020.
Baca:
Lagu Siti yang 1 ini rupanya hasil teknologi Melayu kalis api dan peluru
Sebiji rasa dari lori, individu ini kongsi resipi lengkap bancuh air milo pekat