Ryan Bakery, seorang pengaruh media sosial, menceritakan perjalanan hidupnya sebelum menjadi seorang ‘Content Creator’.
Menerusi video di TikTok, Ryan menceritakan bahawa dia mula mencuba membuat kandungan di media sosial semasa negara menghadapi pandemik Covid-19 beberapa tahun yang lalu.
Menurut Ryan, dia menggunakan platform media sosial untuk memperluaskan perniagaan popia dan ikan beta yang dia usahakan selepas kehilangan pekerjaan.
“Saya ingin kongsikan sedikit tentang perjalan hidup saya menjadi seorang content creator atau pencipta kandungan.”
“Semuanya bermula ketika waktu pandemik di mana saya telah diberhentikan kerja disebabkan kegagalan ekonomi.”
“Demi kelangsungan hidup, saya mula membuka perniagaan kecil dengan menjual popia dan ikan beta. Saya meniaga di mana? Di tanah kelahiran saya di Manjung, Perak.”
“Semasa saya berniaga itu, saya terfikir macam mana lagi mahu tambah pendapatan. Dari situ terdetiklah dalam hati saya untuk jadi seorang content creator.”
“Saya mulakan dengan apa sahaja yang ada ketika itu, janji dapat buat konten.”
Ryan, yang sebenarnya bernama Muhammad Ryan Fahmi Bakery, mendapat sokongan daripada isterinya, Elyia Ibrahim, yang juga menjadi tulang belakangnya.
“Kemudian sedikit demi sedikit, isteri saya juga menyokong dengan up grade barangan agar lebih mudah untuk menghasilkan konten.”
Lebih mengejutkan lagi, pada usia 28 tahun, dia tidak pernah menyangka bahawa ‘content’ yang dibuatnya akan diterima dengan baik oleh orang ramai, yang pada gilirannya telah mengubah hidupnya.
Pada masa yang sama, Ryan merasa bersyukur dan berterima kasih kepada TikTok atas kejayaan yang telah diraihnya sehingga kini.
“Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil. Dengan menjadi content creator dapat mengubah hidup saya. Terima kasih TikTok dan semua yang selama ini menyokong dan menyukai konten yang saya sajikan.
Tanpa kalian semua, saya tidak berada di sini (berjaya) hari ini, terima kasih.”
Selain itu, Ryan juga dikenali sebagai watak budak sekolah dengan muka berbedak comot di muka.
Baca:
Dah kantoi ‘scam’ orang, patutlah ‘haus’ sangat rupanya kumpul tenaga nak lari
Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming
Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC