Ikuti perkongsian Izlin Idris yang mengimbas pengalamannya menyaksikan kejayaan operasi penyamaran polis dalam membanteras penjenayah:
Tahun 1998 dulu di Seksyen 25 Shah Alam, saya pernah menghubungi Jabatan Narkotik Klang.
Saya lapor pasal berpuluh-puluh orang geng tokan dan mat pet berurus niaga dadah di kawasan rumah bujang saya itu.
Kiranya kawasan situ ada ramai tokan dan ramai “pembeli” sampai penduduk rasa tak selesa.
Berminggu selepas saya buat laporan itu, saya tengok macam tiada apa-apa pun.
Disebabkan saya ingat polis tak ambil endah, saya telefon lagi sekali jabatan narkotik Klang.
Masa itu pegawai tu jawab:
“Encik tak nampak kami tak bererti kami tak ada di sana.
“Orang-orang kami dah ada di kawasan encik, encik je yang tak nampak” katanya.
Jadi, suatu petang tu, tiba-tiba kawasan rumah saya jadi kecoh, orang berlari sana sini dan kejar sana sini.
Masa itulah saya tengok tiba-tiba lelaki beruniform kilang Proton tengah kejar tokan-tokan tu.
Kemudian seorang lelaki berperut buncit pakai singlet macam apek tu, naik motor cup buruk pegang mat pet yang lalu tepi motor dia.
Dia keluarkan gari dan gari mat pet tu.
Kawan serumah saya kata dia biasa nampak lelaki perut buncit naik motor buruk tu berlegar-legar kawasan situ dalam beberapa minggu tu.
Kalau tengok gaya polis tu naik motor pakai singlet je memang tiada siapa percaya dia polis.
Dengan perut buncit dia, dah macam apek tua nak ke kebun je.
Lepas tu, saya nampak ada lelaki pakai uniform kilang lain pulak datang sambil bawak mat pet dalam keadaan bergari.
Masa itulah saya sedar betapa ramainya polis yang menyamar di kawasan saya tu.
Patutlah pegawai tu macam marah bila saya kata “takde apa² tindakan ke..”.
Itulah kali pertama saya tengok satu operasi polis dijalankan depan mata.
Memang PDRM terbaik dalam menjalankan tugas.
Baca:
Dah kantoi ‘scam’ orang, patutlah ‘haus’ sangat rupanya kumpul tenaga nak lari
Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming
Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC