Realtime website trackingweb stats

Ini sebabnya ‘pilot darat’ marah, pemandu kereta pun kena selalu beringat

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang pemandu lori yang juga digelar ‘pilot darat’ marah dengan pemanduan berbahaya kereta Honda yang pancung rapat di hadapannya.

Ezal menerusi Facebook beliau memuat naik rakaman kamera papan pemuka (dash cam) yang membuktikan pemandu kereta itu berbuat demikian.

Rakaman video berdurasi 1 minit 43 saat dengan meraih 23,000 tanda ‘like’ itu tular dan menarik perhatian warga maya.

Ini sebabnya 'pilot darat' marah, pemandu kereta pun kena selalu beringat

Kelihatan jelas pemandu lori telah dua kali turun dari kenderaannya dan cuba untuk memberitahu kesalahan pemandu kereta itu.

Namun, dalam cubaan pertama pemandu lori itu, pemilik kereta itu macam puaka boleh gerak tinggalkan orang tengah bercakap dengannya.

Kata Ezal, awalnya dia menegur pemandu itu tetapi tidak mengaku.

Malah, jelasnya, pemandu dengan nombor plat WYM9073 itu menyalahkannya pula kononnya masuk lorong dia.

“Bila tunjuk kamera kat lori baru nak diam. Golongan bodoh macam ni kena pantau,” tegasnya.

Ezal berpendapat banyak kemalangan kenderaan berat berpunca daripada sikap golongan pemandu kereta yang jenis pancung rapat depan lori.

“Nasib baik lori aku kosong. Kalau tidak, esok muka aku kat muka depan paper tajuk ‘pemandu lori mabuk’,” sindirnya lagi.

Rata-rata netizen turut sependapat dengan pemandu lori memandangkan banyak kes nahas jalan raya, ramai akan menyalahkan lori.

“Orang akan cop pemandu lori cuai. Contohnya, yang kes pemandu lori kena belasah di Terengganu hari tu, yang motosikal menyelit masuk bawah lori, mati dua beranak,” kata seorang pengguna Facebook.

Baca:

Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming

Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC

Cepat buruk dan busuk! Ini rupanya cara simpan pisang elak cepat lebam