Biasanya, pisang tidak tahan lama apabila disimpan.
Kebiasaanya mudah menjadi lembik dan rosak.
Inilah yang berlaku kerana kita tidak tahu cara yang betul untuk menyimpannya.
Jika tahu caranya, pisang boleh tahan lebih lama.
Bagi yang penggemar makan pisang dan selalu ada stok di rumah, boleh cuba 5 cara berikut.
Selepas ini, tiada lagi masalah pisang menjadi lembik dan cepat rosak selepas dibeli.
1. Pilih sisir yang mempunyai pisang yang sudah masak dan yang belum masak.
Ini membantu kita mengawal kadar kematangan pisang supaya tidak semua pisang masak pada masa yang sama.
2. Bersihkan pisang dengan air yang bersih.
Sesetengah peniaga menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan kematangan pisang.
Dengan membersihkan pisang, kita tidak hanya mengelakkan dari makan bahan kimia tersebut tetapi juga memperlambatkan proses kematangan pisang.
3. Balut tangkai pisang dengan kertas aluminium.
Ini membantu menjaga kesegaran pisang.
Simpan pisang di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik atau gantung tangkai pisang ke atas untuk mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan letakkan pisang bersama epal.
Ini kerana epal akan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang cepat masak.
5. Elakkan hentak atau mengetuk pisang.
Jangan hentak atau pegang pisang dengan kasar semasa mengendalikannya.
Peganglah dengan lembut kerana tekanan yang kuat boleh membuat kulit pisang menjadi gelap atau lebam, serta teksturnya akan menjadi lembut.
Baca:
Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah
‘Patut letaklah sirap, susu, kacang, cendol’ – Sanggup makan salji demi content
Bahaya terlalu bergantung kepada GPS, pemandu ‘sangkut’ atas jambatan