Seorang lelaki menarik perhatian netizen apabila tergamak makan salji demi content sehingga ada yang secara sinis mencadangkan supaya menambah sirap, susu, kacang dan cendol.
Reaksi itu susulan perkongsian Herman Rawi yang memberi peringatan bahaya makan salji.
“Salah satu sebab aku demam, batul, selesema teruk dan sakit badan selama 8 hari dekat Jepun. Habis kacau itinerary,” tertera pada kapsyen rakaman video yang tular.
Rata-rata warga maya melontarkan kata sinis selain menceritakan pengalaman mereka semasa musim salji ketika berada di Jepun.
Ada yang memberitahu semasa bekerja di negara Matahari Terbit itu, masyarakat tempatan melarang tindakan menyentuh salji tanpa pakai sarung tangan bagi mengelak sel dalam tangan rosak.
“Dia ingat makan ais kepal.
“Duit banyak bukanlah penanda aras kebijaksanaan seseorang Tapi dia belajar dan alami sesuatu dari tindakan kurang bijak beliau.
“Cuba rendam gumpalan ais tu dengan air panas, kau tengoklah betapa kotornya ais tu,” demikian kata netizen.
Baca:
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim
‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan
Kongsi sarapan dengan kucing, pengarah yang sedang stres ini ‘healing’ jiwa