Realtime website trackingweb stats

‘Baru tahu Melayu dulu ada permainan tabal’ – Penjajah dah lama tulis, kini hanya ada di Lingga

Oleh NURAIMAN

Ramai terkejut dan mengaku baru tahu tentang tabal yang dikatakan sejenis permainan orang Melayu.

Ratusan tahun lalu, rupanya permainan bangsa ini sudah pun ada dicatatkan oleh penjajah.

Pengkaji Ustaz Hasanuddin Yusof berkata, permainan tabal mempunyai ciri-ciri seperti congkak walaupun nampak seperti karom.

'Baru tahu Melayu dulu ada permainan tabal' - Penjajah dah lama tulis, kini hanya ada di Lingga

“Saya rasa agak berbeza dengan backgammon walaupun ada persamaan.

“Mungkin boleh saya katakan gabungan backgammon dan congkak,” katanya menjawab soalan pengikutnya di Facebook.

Susulan itu, ramai berharap beliau dapat berkongsikan video cara bermain tabal.

Ikuti perkongsian Ustaz Hasanuddin mengenai permainan tabal ini:

Permainan tradisional Melayu yang hampir lenyap

Lima atau enam tahun lalu, saya pernah membaca satu catatan Inggeris bahawa antara permainan Melayu yang dimainkan di Semenanjung Tanah Melayu ialah permainan tabal.

Sejak itu, saya tercari-cari bagaimana bentuk dan cara permainan tabal.

Dari Semenanjung, Sumatera, Jawa, Kalimantan hingga ke Nusa Tenggara, saya masih gagal mencari permainan ini.

Ditakdirkan Allah, saya menemui permainan ini di Lingga.

Namun, hanya segelintir sahaja yang masih tahu tentang permainan ini.

Satu-satunya set permainan yang masih ada setakat hari ini ialah kepunyaan keluarga Tengku Muhammad Saleh (ulama Lingga).

Alhamdulillah, kami berkesempatan diajar oleh anak-anak Tengku Muhammad Saleh tentang cara permainan tabal.

Baca:

Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati

Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen