Realtime website trackingweb stats

Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati

Oleh SHAZLIN AZIZ

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendedahkan bahawa bekas suaminya, Noh Salleh, telah mengambil anak angkat mereka, Musa, tanpa kebenaran atau pengetahuannya.

Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, yang berusia 44 tahun, menyatakan bahawa dia adalah penjaga sah Musa seperti yang diperintahkan oleh undang-undang, tetapi dia tidak diberi sebarang maklumat tentang anak angkatnya itu ketika dia diambil oleh bekas suaminya.

Menurut Nina, Noh telah melanggar janji yang telah dipersetujui dan bertindak seolah-olah tidak mengetahui perjanjian yang mereka buat.

Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati

“Saya mengambil Musa sebagai anak angkat sejak dia berusia dua hari dan saya menyusukannya. Selama dua tahun Musa tidur di katil yang sama, menghadiri rutin kelas bersama teman-temannya, tetapi sewaktu perjalanan pulang saya ke KL dia sudah diambil tanpa izin dan pengetahuan saya, sedangkan saya mempunyai hak jagaan terhadapnya.

“Sejak daripada itu saya tidak mengetahui di mana lokasi Musa dan tidak berkomunikasi, tidak menerima sebarang foto atau video selama tiga minggu.

“Sekarang ini bekas suami saya (Noh) sudah memungkiri janji dan berkata dia tidak tahu mengenai perkara ini walhal saya tahu sebenarnya dia tahu,” katanya.

Nina menceritakan kejadian tersebut melalui hantaran yang dipos di Instagram miliknya pada Ahad pagi.

Selain itu, Nina juga menyatakan bahawa privasi anak angkatnya telah terjejas kerana Noh telah mendedahkan wajah Musa dan berkongsi nama penuh ibu Musa tanpa izin.

“Privasi Musa telah terjejas dan hidupnya tidak akan sama. Bekas suami saya kemudiannya mendedahkan nama ibu kandung Musa dalam kenyataan permohonan maaf yang dibuat dan ia adalah satu tindakan tidak sensitif.

“Ibu kandung Musa mohon identitinya tidak dikenali namun Noh sekali lagi mendedahkan privasinya selepas berkongsi wajah Noh di media sosial,” ujarnya.

Nina menyatakan bahawa selepas dia bercerai dengan Noh, bekas suaminya, Noh dengan sukarela menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepada Nina sebagai penjaga Musa.

Nina berkata, dia bercerita tentang perkara ini untuk mengelakkan spekulasi atau fitnah mengenai isu penjagaan anak mereka.

“Selepas bercerai dia (Noh) dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang memberi saya hak sepenuhnya untuk menjaga Noh dihadapan pesuruhjaya sumpah. Sejak itu dia sudah hilang hak untuk menjadi penjaga Noh.

“Saya terpaksa bersuara untuk bercerita kisah sebenar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah tentang perkara ini… Ia bukanlah hanya sisi cerita daripada saya tetapi inilah kebenarannya dan semoga Allah terus membawa kebenaran,” katanya.

Sebelum ini, ibu Musa secara terbuka meminta maaf kepada Noh selepas dituduh melanggar perjanjian untuk merahsiakan wajah Musa.

Noh kemudian memuat naik sebuah video di mana dia meminta maaf secara terbuka dan menyatakan bahawa dia tidak mengetahui sebarang perjanjian antara wanita itu dan bekas isterinya, Mizz Nina.

Untuk rekod, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39 tahun, berkahwin dengan Nina pada Julai 2011, tetapi mengumumkan penceraian pada 4 Ogos 2022.

Baca:

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen

Bayaran STR naik dari RM300 ke RM500 akan dikredit ke akaun mulai hari ini

Pasal ‘sebab boleh dik’, lelaki ini dilabel perosak – Azri Walter ‘jentik’ ibu bapa