Realtime website trackingweb stats

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen

Oleh NUR KASIH

Saman traffik di Malaysia semakin efisien?

Dua tiga hari yang lepas, kalau perasaan ada sebuah vlog pasangan UK dari page ‘TREAD the globe’ yang memandu ‘ RV campervan’ mereka yang diberikan nama ‘Trudy’ untuk mengelilingi dunia sedang berada Malaysia ketika ini telah menyebabkan video mereka sering tular di ruangan platform media sosial kita.

Baru dua hari lepas isteri ada tunjuk sebuah video berkenaan mereka memberi komen tentang kewujudan ‘flyover’ yang melata dan berlingkar di Kuala Lumpur.

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen

Sebelum ini perasan juga naik di garismasa video mereka ‘kagum’ dengan deretan tol kita di lebuhraya.

Cuma hari ini ada sebuah video yang baru dimuatnaik sejam lalu kelihatan menarik sedikit, yang diberi tajuk:

“UK Van Lifters STOPPED by the Police in MALAYSIA”.

Dan di dalam video berkenaan pada minit awal menunjukkan mereka telah ditahan polis trafik kerana kononnya telah melebihi had laju 60km/j.

Di manakah menariknya?

Bila Pegawai polis trafik memberikan mereka pilihan sama ada untuk bayar di balai atau bayar pada waktu itu dan dengan bayaran ketika itu adalah dengan secara tunai sahaja.

Mereka telah diberikan diskaun serta merta sebanyak RM200.

Menarik dan efisien sungguh, mungkin ini strategi baru untuk memudahkan pembayaran saman dan juga menambahkan pendapatan melalui kutipan saman.

Bukan itu sahaja, selain boleh bayar secara langsung, mereka juga tidak perlu menunjukkan lesen memandu atau apa apa dokumen sepanjang proses pengeluaran dan ‘penyelesaian’ saman.

Cukup sekadar menyebut nombor kenderaan menggunakan ‘voice note’ di telefon pintar. Mungkin inilah sistem baru yang telah diperkenalkan.

Paling menarik sistem terbaru ini bukan sahaja ‘efisien’ malah juga mesra alam sekitar bila tidak ada pengeluaran resit saman yang dikeluarkan cukup dengan perkataan ‘settle’ ataupun ‘setel’ barangkali?

p/s: Harap PDRM dan Trafik Malaysia war-warkan sistem baru yang sungguh ‘efisien’ ini ke RTM atau TV3 supaya rakyat semua tahu.

Kredit: Khairul Azri

Baca:

Pembeli terkejut bil barang dapur RM1900, rupanya salah letak….

Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Tular wajah lelaki tidak tahan sebak ketika Malaysia dahului, rupanya ada kisah tersendiri.. Sanggup jual…