Realtime website trackingweb stats

‘Jangan hukum tanpa fakta’ DBKL sekolahkan netizen tuduh ‘zalim’ isu roboh gerai ikan singgang

Oleh ARIF ABDULLAH

“Zalim!” itulah ungkapan netizen setelah melihat beberapa gerai ikan singgang dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Baru awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Platform X oleh seorang individu, beberapa video pendek menunjukkan proses merobohkan tempat berkenaan yang sedang dijalankan oleh majlis dewan bandaraya.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak disambut baik oleh sebahagian warganet yang menganggapnya sebagai zalim terhadap penjaja-penjaja di situ.

'Jangan hukum tanpa fakta' DBKL sekolahkan netizen tuduh 'zalim' isu roboh gerai ikan singgang

Menurut dakwaan yang dibuat, DBKL menyatakan bahawa penjaja-penjaja telah ditempatkan semula di medan selera yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Sekadar info, seramai 26 penjaja gerai ikan singgang telah ditempatkan semula di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa.

Baca:

Awas! penduduk Terengganu diminta waspada tiga jalan utama ditenggelami banjir kilat

Tak lama dah, semua lesen B2 auto jadi B, ini perkembangan setakat ini

Ayam seekor RM10 saja, 4 hari ini patut diberi perhatian untuk dapat harga murah