Realtime website trackingweb stats

Anak mengamuk minta telefon – Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat

Oleh ARIF ABDULLAH

Kerap ibu bapa mengalami keadaan anak mengamuk minta telefon. Namun, ramai ibu bapa tidak mempunyai ‘skill’ untuk mengurus emosi anak-anak.

Bahkan, apa yang diminta diberi saja sedangkan tanpa sedar ibu bapa telah beri reward kelakuan buruk melawan cakap itu.

Ikuti nasihat Mohd Fhais Salim ini tentang apa patut ibu bapa buat dalam usaha untuk tidak lagi beri reward kelakuan buruk:

Anak mengamuk minta telefon - Jangan reward kelakuan buruk, ini patut ibu bapa buat

Tanpa sedar, kita sebenarnya yang menggalakkan anak berkelakuan buruk!

  • Tantrum
  • Merengek
  • Baling barang
  • Hempas pintu
  • Lawan cakap

Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.

Sebagai contoh :

Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon, kita tak bagi.

Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.

Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagilah telefon untuk buat dia diam.

Serius, inilah silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang,
REWARD KELAKUAN BURUK!

Tanpa sedar kita sebenarnya sedang beritahu anak bahawa apabila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.

Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius!

Sekali dah dibuat, susah kita nak diputar balik masa.

Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.

Barulah dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa.

Kena tegas, biarlah anak melalak meraung macam mana pun, jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang dimintanya.

Buat cara ini:

Beritahu anak: “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”

1 – Tarik nafas
2 – Hembus nafas
3 – Urut dada
4 – Sebut sabar, sabar

Selain dari dapat anak berkelakuan baik, dalam masa sama dapat juga ajar anak cara untuk urus emosi diri sendiri.

Nampak simple kan?

Tapi inilah yang paling susah sekali nak istiqomah buat kalau kita tak tahu panduan yang betul nak urus masalah kelakuan buruk anak.

Wallahu A’lam,

Baca:

Kerajaan agih duit bantuan SARA hari ini 700,000 orang layak terima

Polis Evo 3 kutip RM50 juta tapi 3 filem ini paling rugi, nombor 2 tu pun pasal polis

Berdarah melayu brunei, Puteri Ameerah tarik perhatian netizen