Realtime website trackingweb stats

Cara mudah tanam kangkung di rumah, modal tak sampai RM10

Oleh ADINDA

Mudah saja sebenarnya untuk anda memulakan projek mini tanam kangkung. Hasil tuaian kangkung itu nanti kalau digoreng dengan belacan memang sedap.

Kangkung yang berlebihan pula boleh diberi kepada jiran-jiran sebagai amal jariah.

Ikuti perkongsian daripada Master Gardener Putrajaya ini berkenaan cara menanam kangkung di rumah:

Cara mudah tanam kangkung di rumah, modal tak sampai RM10

Mesti di antara kita beranggapan bahawa menanam sayur kangkung di rumah sesuatu perkara yang susah.

Padahal, anda akan terkejut bahawa sebenarnya ia semudah ABC. Tidaklah sesusah mana pun.

Dengan bermodalkan beberapa peralatan dan bahan yang berharga kurang RM10 dapat menghasilkan sayur kangkung bernilai anggaran RM20 hingga RM25. Berbaloi ‘kan?

Bahan/peralatan:

1) biji benih kangkung

2) bekas tapis /Tapis 4 segi

3) baldi kecil / takungan air 4 segi

4) baja cecair (Baja hidroponik atau baja AB)

5) air

Cara-caranya:

1) Rendam biji benih kangkung 24-35jam dahulu.

2) Lepas rendam biji benih masukkan biji benih dalam tapis, isi air dalam baldi cukup2 paras tapis, jangan bagi rendam, kemudian tutup tapis dalam tempoh 2 hari.

3) Selepas 2 hari buka penutup dan anda akan nampak biji benih kangkung telah bercambah.

4) Pada hari ke 6 dedahkan benih yang bercambah ke matahari (akan nampak akar telah memanjang.

5) Pada hari ke 7 baru masukkan baja AB (cecair).

6) Biarkan ia membesar dan boleh tuai ikut kehendak anda.

Kredit gambar kepada: Pn Mashitah Zain & Muhammad Riduan Chik

Baca:

Berdarah melayu brunei, Puteri Ameerah tarik perhatian netizen

“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti

Gandakan sabun cuci pinggan, tahan hingga 5 bulan