Ada orang dapat gaji terus hanyut enjoy makan dan minum tidak terkawal untuk bertahun-tahun. Nampak mewah tetapi miskin kerana tiada simpanan.
Dia sampai sekarang miskin kerana gagal mengawal nafsu berbelanja. Itu sebabnya perkara paling penting adalah menabung dan memyimpan wang di bank secara berterusan tanpa di usik.
Banyak teori tak ada guna jika sikap menabung itu dilupakan. Memang betul harta tidak boleh dibawa ke syurga. Namun, miskin dan berhutang pasti seksa sebab hutang dibawa ke akhirat.
Biar tak kaya janji jangan miskin. Biar ada sedikit simpanan daripada tiada langsung.
Ada duit bleh beribadat hantar anak pergi belajar, pergi umrah, hidup pencen pun senang.
Malah, apabila ada lebihan duit boleh bersedekah dengan fakir miskin. Sebabnya, harapkan simpanan KWSP memang tak cukup.
Ikuti perkongsian tips elak hidup terus miskin daripada Dr Adam Zubir ini:
1. Kurangnya disiplin kewangan
Tak kawal duit keluar masuk terutamanya mereka yang suka berbelanja mengikut nafsu.
Jadi, semak setiap perbelanjaan anda dan rekod setiap perbelanjaan. Di hujung bulan, buat penilaian sama ada di bawah kemampuan, cukup-cukup makan atau di luar daripada kemampuan.
2. Sentiasa menyalahkan keadaan
Apa saja yang berlaku pada diri sama ada besar atau kecil, anda salahkan orang lain dari ibu bapa, kawan-kawan atau boleh jadi kerajaan.
3. Fokus benda boleh kawal
Kawal pendapatan, perbelanjaan, rumah, kereta, makanan. Fokus benda boleh kawal untuk ubah hidup anda.
4. Tidak merebut peluang yang ada
Apabila peluang datang, kaji peluang yang ada, berjinak-jinak mulakan dengan angka kecil, luangkan masa dan duit sedikit untuk belajar.
Mungkin peluang yang datang itu untuk keluar dari kancah kesusahan hidup yang dialami.
Baca:
Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar
Semakin ditelan zaman! Ini resipi kuih tepung pasung
Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak, khususnya part gear