Kalau dah bergelar artis segala hal peribadi termasuk kahwin cerai diperkatakan netizen.
Perkahwinan pelakon terkenal tanah air, Jasmin Hamid dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya juga tidak lepas dari kecaman warga maya.
Paling membuatkan Jasmin tersinggung apabila ada yang meninggalkan komen ‘nenek dengan cucu’.
Pemilik kepada nama lengkap Jasmiah Abdul Hamid, 52, berpendapat tindakan keterlaluan individu yang bukan pengikut media sosialnya itu seolah-olah menidakkan kebesaran Tuhan.
“Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.
“Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini. Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah,” katanya menerusi aplikasi TikTok.
Pada 2021, Jasmin bertemu jodoh kali kedua dengan Nazmir Abd Rahim yang ketika itu juga pembantu peribadinya (PA).
Perkahwinan itu berlaku selepas Jasmin 10 tahun memegang status sebagai ibu tunggal selepas bercerai dengan suami pertama.
Mengulas komen ‘neraka’ netizen itu, Jasmin memaafkan individu terbabit, sekali gus mendoakan kebaikan buatnya supaya menjadi insan lebih baik pada masa hadapan.
“Awak lupa ya, jodoh, ajal, rezeki dan maut semuanya di tangan Allah.
“Macam itulah juga saya bila dijodohkan dengan suami muda yang sememangnya rezeki dan ketentuan Allah.
“Tidak mengapa, saya maafkan kekhilafan awak dan doakan awak dapat hidayah supaya menjadi manusia yang lebih baik dapat memberi manfaat kepada orang lain,” kata Jasmin lagi.
Terdahulu, seorang netizen meninggalkan komen ‘Nenek dengan cucu’ dalam video sambutan ulang tahun perkahwinan kedua Jasmin dan Nazmir.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Jasmin pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada 2000 dan berpisah pada 2008.
Hasil perkahwinan terdahulu Jasmin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq.
Baca:
Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar
Semakin ditelan zaman! Ini resipi kuih tepung pasung
Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak, khususnya part gear