Anda kenal tak kuih ini? Kuih dulu-dulu yang susah untuk ditemui sekarang ini. Nama kuih ini Kuih Tepung Pasung atau Kuih Serunai.
Kuih tepung pasung merupakan kuih kegemaran masyarakat Pantai Timur di mana ia diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti.
Kuih ini sesuai di makan pada waktu pagi atau waktu petang oleh semua peringkat usia.
Jom ikuti perkongsian resipi dan cara buih kuih tradisional ini.
Bahan-bahan bahagian bawah:
- 2 sudu gula pasir
- 1 keping setengah gula melaka.
- 1 setengah cawan air
- 1 helai daun pandan wangi
- 40 gm tepung beras
- 20 gm tepung ubi
- 1 sudu teh air kapur
Bahan-bahan bahagian atas:
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu tepung gandum
- 1 setengah cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh gula
Bahan lain:
- Daun pisang secukupnya untuk dijadikan kelongsong.
Cara penyediaan bahagian bawah:
1. Masak gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga gula hancur dan kemudian sejukkan.
2. Tapis dan satukan dengan bahan bahagian bawah dan masak atas api sederhana hingga likat dan kental.
3. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dibuat dan dirikan kelongsong di dalam lubang pengukus.
Kemudian kukus dalam 5 minit.
Cara penyediaan bahagian atas:
1. Satukan semua bahan bahagian atas, tapis dan masak di atas api hingga likat dan kental.
2. Sudukan atau paipkan ke dalam kelongsong daun yang telah berisi bahagian bawah yang telah dikukus 5 minit tadi.
3. Teruskan mengukus lebih kurang 10 minit dengan api yang kecil.
Kalau api besar nanti kelongsong daun pisang yang berisi adunan kuih itu tumbang.
Enak dihidang ketika sejuk. Selamat mencuba!
Baca:
Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat
Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta
Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut