Realtime website trackingweb stats

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah

Oleh FATIN AQILAH

Mari mencuba resepi mee goreng yang lazat dengan gaya ala mak cik dari kantin sekolah ini yang pastinya akan memikat selera anda.

Jika anda pernah menikmatinya sebelum ini, anda pasti mengakui kelezatan hidangan ini ketika disantap.

Walaupun tiada lauk yang dimasukkan, rasanya yang sedap sudah cukup untuk dinikmati pada waktu sarapan pagi atau makan malam.

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah

Khususnya apabila dihidangkan bersama telur mata, gabungan ini benar-benar memukau!

Bagi ibu-ibu yang sedang mencari idea untuk memasak hidangan yang ringkas dan cepat disediakan, cubalah resipi yang dikongsikan oleh Neny Lai Han di bawah ini.

Cuba resepi Mee Kicap zaman sekolah ini untuk mengimbau kenangan manis masa lalu dengan setiap suapan yang memikat.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mi kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • Pes cili maggi
  • Kicap pedas Ikhwan
  • Kicap lemak manis Jalen
  • Kicap pekat Jalen
  • Minyak bijan

Cara memasak:

1. Mulakan dengan mencelur sekejap mi goreng dan toskan air menggunakan penapis.

2. Masukkan mi ke dalam bekas, lalu tuangkan semua jenis kicap secukup rata atau mengikut sukatan masing-masing. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan pes cili maggi sehingga naik bau.

4. Setelah bau yang harum keluar, masukkan mi tadi dan kuatkan api. Gaul sehingga sebati.

5. Jika ingin membuat mee goreng basah, bolehlah tambahkan sedikit air.

6. Apabila mi sudah agak lembut, tutup api dan renjis minyak bijan.

7. Perlu diingat, mi ini tidak perlu ditambahkan garam dan perasa kerana kicap yang telah dimasukkan sudah cukup memberikan rasa yang mencukupi.

Hidangan ini kini sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Neny Lai Han

Baca:

Ini model motosikal berkuasa tinggi pengiring Anwar, harga cecah RM140k sebiji

‘Janganlah buat konsert 3 hari sebelum Ramadan’ – Ini nasihat Mufti Pulau Pinang kepada Siti Nurhaliza

Eh, bakul baju boleh isi air? – Tips surirumah ini memang ‘berfikir di dalam bakul’