Menjadi wanita pada masa kini perlulah sentiasa menjaga diri walau di mana jua anda berada. Ini kerana kes rogol melibatkan kaum ini semakin menunjukkan peningkatan dalam negara.
Terbaharu, menerusi perkongsian di laman sosial menunjukkan seorang wanita berusia 29 tahun yang mendakwa dirinya diekori sekitar jam 11 pagi, Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya sedang memburu seorang lelaki yang didakwa mengekori wanita itu dalam kejadian di Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, suspek disyaki mengekori pengadu dari belakang hingga ke Kiara 163 di Jalan Kiara, Kuala Lumpur.
Terdahulu, tular di laman sosial menunjukkan video seorang wanita mendakwa diekori lelaki yang dimaksudkan ketika dia berada di beberapa premis sekitar Mont Kiara tular di media sosial.
Sebagaimana dikongsikan di X, individu tersebut bagaimanapun tidak mengakui perbuatannya ketika ditanya oleh mangsa.
“Saya sedang diintip seseorang dan dia ikuti saya ke mana-mana saja. Saya tak pernah muat naik apa-apa pada waktu sebenar tapi kali ini sangat menakutkan saya.
“Saya juga ada bertanya dia secara berdepan kenapa ikut saya tapi dia nafikan. Saya rakam video dia, jadi semua orang boleh peka dan berhati-hati dengan lelaki ini.
“Saya pergi ke beberapa kedai berbeza untuk memastikan saya tidak berkhayal, tetapi dia memerhati saya dari arah bertentangan dan hanya berterusan mengikut saya,” tulis wanita berkenaan pada kapsyen videonya.
Baca:
Eh, bakul baju boleh isi air? – Tips surirumah ini memang ‘berfikir di dalam bakul’
Kakak-kakak yang suami bergaji RM7,000 ke atas, berjaga jagalah