Realtime website trackingweb stats

‘Melawak bagi cicak ni aku tetak terus’ – Reaksi geli penguatkuasa ini buat ramai terhibur

Oleh ARIF ABDULLAH

Seorang anggota penguatkuasa beruniform dilihat kena ‘prank’ dengan pegawainya apabila bersalam dengan cicak yang sudah sengaja disorok dalam genggaman.

Lelaki muda berkenaan sedikit menjerit lantaran geli mungkin terkena cicak itu sambil segera menarik tangannya dan berlari menjauhi pegawai tersebut.

Serentak itu juga, perakam dan seorang lagi rakan penguatkuasa berkenaan kelihatan ketawa melihatkan aksi itu.

'Melawak bagi cicak ni aku tetak terus' - Reaksi geli penguatkuasa ini buat ramai terhibur

Rata-rata netizen termasuk orang lelaki juga mengakui mereka geli dengan cicak.

Malah, ramai yang minta agar pihak yang mengecam reaksi spontan penguatkuasa itu membezakan antara geli dan takut.

Antara sebab timbulnya rasa geli itu, kata mereka, adalah kerana badan haiwan tersebut yang lembik dan merayap laju.

“Aku kalau orang melawak bagi cicak… aku tetak terus!

“Bukan semua orang boleh pegang cicak. Aku sendiri pun geli. Nak pegang kena ade lapik. Tak kisahlah janji berlapik.

“Dia bukan takut, dia geli je. Kalau kau tak tahu lepas tu terpegang, kau pun akan refleks macam itu juga. Lainlah kalau kau punya sistem deria dah ‘menopause’.

“Dia kan manusia juga. Normal lah ada yang kita geli atau takut walaupun penguatkuasa.

“Cicak atau lipas aku tak takut tapi bila aku terpegang tanpa sengaja aku boleh jadi ‘jelly’ weh, jadi ‘spark plug’ terkejut… Tapi tamatlah riwayat cicak dan lipas tu aku hempuk dia,” demikian komentar netizen.

Baca:

Dulu heboh bercerai dengan pengkid, kini Danny sangat teraniaya pula dengan Dr Qaseh

Ternganga tengok lagu dan menu pilihan majlis santapan pengantin diraja Putera Mateen, buat ramai sing along

‘Hantu pun tak sampai hati nak sakat’ – Balkoni pun boleh letak sewa RM600