Realtime website trackingweb stats

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Oleh ABDULLAH HAMID

Bagi mereka yang selalu memasak, apabila api dapur kecil, ia boleh mencetuskan masalah.

Proses memasak akan menjadi lebih lama, dan ini boleh menambah stres terutama jika terdapat banyak kerja lain yang perlu dilakukan.

Agar tidak berlarutan, anda perlu cepat-cepat servis.

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Tetapi tidak perlu sewa orang untuk melakukannya. Kita boleh servis sendiri di rumah.

Cara-caranya anda boleh ikut perkongsian daripada Saiful Yusof.

Api pada dapur bergerak perlahan, menjadikan proses memasak lebih lambat.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan membuka dan membersihkan lubang nozzle jet.

Lubang tersebut mungkin terhalang oleh minyak seiring dengan masa.

Gunakan sedikit WD-40 dan gunakan jarum halus untuk membersihkannya sehingga lubang dapat dilihat semula.

Sekiranya sudah membuka lubang, lakukan pembersihan secara menyeluruh.

Setelah selesai, Insya-Allah, api akan kembali besar dan kuat seperti dapur yang baru.

Teknik yang sama boleh digunakan untuk semua jenis dapur gas.

1. Untuk jenis dapur seperti ini, perlu membuka 6 skru pada bahagian sisi stove burner/tungku.
2. Pindahkan stove burner supaya Nozzle jet dapat dilihat dengan jelas.
3. Lap bersih lubang nozzle.
4. Anda boleh membaiki kabel fire starter yang sudah cair. Balut kabel itu dengan menggunakan aluminum tape sahaja.
5. Semasa memeriksa paip gas, sebaiknya sembur dengan menggunakan air compressor..
6. Tukar semua skru yang sudah rosak.

Syukur, api kembali besar selepas diservis. Semoga memberikan manfaat kepada anda semua.

Baca:

jatuh satu anak tangga, Passport Malaysia sedia akses bebas visa

Hati-hati, lelaki misteri suka ikut wanita bersorangan, ramai dah kena

Ini model motosikal berkuasa tinggi pengiring Anwar, harga cecah RM140k sebiji