Realtime website trackingweb stats

Chicken patty! Menu diet yang sihat dan mudah dimasak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Baru sahaja melangkah masuk tahun 2024, dan ketika ini pasti ramai yang memasang azam baharu termasuklah untuk menguruskan badan dan mendapatkan berat yang ideal.

Nak makan banyak tapi takut naik berat badan. Hanya mampu tengok sajalah, tapi itulah nak juga makan banyak! Jangan risau, kali ini kita semua boleh makan pelbagai jenis makanan yang mengamalkan menu diet.

Di laman Facebook, wanita ini kongsi satu jenis menu sihat serta resipi lengkap untuk anda mulakan dengan langkah pertama. Serius senang dan nampak sedap!

Chicken patty! Menu diet yang sihat dan mudah dimasak

Dengan bahan yang mudah didapati selain proses pembuatan yang cepat dan mudah, anda pastinya boleh menikmati chicken patty tanpa perlu rasa bersalah.

Antara bahan yang diperlukan dan cara memasaknya ialah:-

  1. Sediakan sayuran brokoli, lobak merah dan jagung
  2. Dada/isi ayam
  3. Kicap
  4. Kanji/tepung ubi
  5. Lada sulah
  6. Garam

Langkah pertama ialah anda perlu memotong kesemua sayuran menjadi bentuk dadu atau boleh juga dicincang halus. Kemudian, kisarkan isi ayam menjadi halus.

Seterusnya, campurkan isi ayam kisar tadi bersama sayur – sayuran yang dipotong dadu di dalam satu bekas. Masukkan dua sudu kicap, kanji atau tepung ubi, sedikit lada sulah dan secubit garam.

Gaulkan kesemua bahan campuran tadi sehingga sebati dan bentukkan menjadi patty burger atau boleh sahaja bentukkan mengikut bentuk yang diinginkan.

Langkah terakhir ialah panggang atau masak menggunakan api sederhana. Apabila matang, sedia untuk dihidang.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Selamat mencuba.

Baca:

Ternganga tengok lagu dan menu pilihan majlis santapan pengantin diraja Putera Mateen, buat ramai sing along

‘Hantu pun tak sampai hati nak sakat’ – Balkoni pun boleh letak sewa RM600

Biar betul nak guna bom robohkan Stadium Shah Alam, ini penjelasan Menteri Besar