Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanyakan zuriat, sekarang pelakon Uqasha Senrose mengesahkan dirinya sudah pun hamil.
Sebelum ini, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu pernah mendedahkan mengalami dua kali keguguran pada 2022.
“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha.
“Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pulak,” katanya berkongsikan berita gembira itu menerusi entri berbentuk video dalam Instagram (IG).
Aktres itu turut memuatnaik video perkahwinan serta kit ujian kehamilan yang mengesahkannya sedang mengandung.
Dia juga menjelaskan sebab mengapa selama ini lebih selesa mengunci mulut mengenai perkara berkaitan kehamilan itu.
“Ramai tanya kenapa Qasha tak jawab. Sebab pernah gugur, jadi Qasha takut. Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap.
“Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Amin. Thank you so much pada yang doa.
“Jujur sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tak ada zuriat.
“Bila dapat tahu, Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu. Dia maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua dari DIA,” tulis Uqasha lagi.
Rata-rata pengikutnya serta rakan selebriti mengucapkan tahniah dan meminta supaya Uqasha menjaga kesihatan diri dan kandungan.
Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Baca:
‘Buka dulu payung tepi jalan jual nasi lemak’ – Ini nasihat untuk orang baru lepas pencen
Memang renyah nak masak kuah laksa lemak, sekarang senang, guna sardin je pun boleh
Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan