Realtime website trackingweb stats

‘Macam Omar dan Hana je’ – Ramai kecam, ada juga ‘insaf’ lepas tonton klip video Alif Teega

Oleh ADINDA

Boleh pula ada yang menganggap lagu ‘Teristimewa’ nyanyian Alif Teega dan Aisyah Hijanah macam animasi kanak-kanak Islam, ‘Omar dan Hana’.

Lagu yang dimuat naik di YouTube sejak tiga hari itu sudah mencatat lebih 31,000 tontonan.

Ramai dilihat tampil mengecam Alif Teega yang sudah ada dua isteri dengan perkahwinannya dengan Aisyah sebelum ini heboh kononnya dihimpit pihak ketiga.

'Macam Omar dan Hana je' - Ramai kecam, ada juga 'insaf' lepas tonton klip video  Alif Teega

Dalam masa sama, ada yang ‘insaf’ melihatkan Alif dan isterinya elok sahaja bahagia selain hidup kaya.

Netizen juga dianggap kena ‘scam’ dengan perniagaan mereka makin untung.

Menerusi klip video ‘Teristimewa’ itu dapat dilihat detik-detik romantis Alif Teega dan Aisyah.

Susulan itu, ada yang meninggalkan komen meluat juga berpendapat lagilah banyak risiko pasangan itu kena penyakit ‘ain.

“Tak payahlah nak tunjuk ‘sweet’ sangat kat orang.

“Nyanyi dalam bilik air sama-sama sudahlah. Manalah diorang ni beli ‘confident’ tinggi sangat.

“Nasib baik tak meroyan hal diorang hari tu sebab bukan hal aku. Bisnes diorang makin untung. Korang dapat apa?,” demikian kata warganet.

Dalam masa sama, Izham Jazlan menasihatkan sudah-sudahlah menayang kemanisan dan hubungan rumah tangga kepada umum.

“Kononnya ‘influencer’ Islamik, tapi benda ni bertentangan dengan Islam. Cukuplah sekadar simpanan peribadi.

“Jangan pelik bila rumah tangga bergelora sebab anda sendiri tak menjaga dengan betul apabila semua benda hendak ditayang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Alif mendedahkan dia sudah berkahwin dua pada 18 November lalu.

Menurutnya, dia mengaku berita perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah buat isteri pertamanya tetapi memohon orang ramai mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada Oktober 2023, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerjanya sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Baca:

Padah duk tawaf stesen minyak, orang dah lama perhati, akhirnya Kenari Merah kena cekup

Makkah semakin subur, hujan kerap turun, tanaman menghijau, apakah ini suatu petanda…

‘Beritahu kalau ada hotel sajikan khinzir’ – ‘Sempoi’ je reaksi Menteri Pelancongan