Realtime website trackingweb stats

Teramat kaya pun susah rupanya kena aniaya, ini reaksi isteri Daim Zainudin selepas Menara Ilham disita

Oleh ABDULLAH HAMID

Selepas lebih 2 minggu Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di Kuala Lumpur disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), isteri Tun Daim Zainudin tampil bersuara.

Toh Puan Naimah Khalid mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Kata Naimah, disebabkan kejayaan suaminya itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Teramat kaya pun susah rupanya kena aniaya, ini reaksi isteri Daim Zainudin selepas Menara Ilham disita

“Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

“la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 10 Januari.

Bangunan Menara Ilham setinggi 60 tingkat yang disita SPRM akhir tahun lalu dilapor milik keluarga Daim.

Menara itu yang siap dibina pada 2015 terdiri daripada 33 tingkat untuk kegunaan pejabat manakala selebihnya adalah apartmen.

Berketinggian 274 meter, Menara Ilham merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata.

Daim dikenali sebagai rakan lama dan sekutu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dia yang juga bekas Menteri Kewangan sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997.

Jumlah transaksi itu membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).

Kedua-dua syarikat itu juga entiti tonggak perniagaan yang dikaitkan dengan UMNO ketika parti tersebut mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun 2023 membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Sebelum ini, SPRM dilapor menyiasat kekayaan di luar negara milik Daim dan keluarganya seperti didedahkan Kertas Pandora.

Daim bersama seorang lagi anak bekas perdana menteri telah dipanggil SPRM pada Februari 2023.

Bekas menteri itu telah diminta menjelaskan aliran wang dan pelaburan ke dalam 12 syarikat luar pesisir yang berdaftar atas namanya dan ahli keluarganya di luar negara.

Penyiasat juga dilaporkan sedang menyiasat sama ada dana itu datang daripada projek kerajaan atau tidak.

Laporan itu tidak menyebut nama Daim sebaliknya merujuk kepada “bekas menteri kewangan berusia 84 tahun.”

Mereka juga tidak menamakan orang lain yang disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Sumber yang tidak dinamakan dilapor memberitahu media tempatan bahawa siasatan masih di peringkat awal dan lebih ramai orang mungkin akan disoal berhubung Kertas Pandora tidak lama lagi.

“Aliran wang kepada pelaburan asing dan kemudian penemuan laporan Kertas Pandora sedang dikaji dengan teliti dan siasatan sedang dijalankan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah seperti yang dinyatakan dalam laporan antarabangsa itu,” kata sumber itu.

Kertas Pandora ialah kerjasama global yang diketuai oleh Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) dan berdasarkan 11.9 juta rekod sulit yang bocor daripada 14 penyedia perkhidmatan kewangan luar negara.

Siasatan rentas sempadan mendedahkan lebih 300 ahli politik, ahli perniagaan dan penjenayah di seluruh dunia menggunakan “shell company” di beberapa tempat perlindungan cukai untuk menyembunyikan kekayaan mereka.

Turut menyorokkan aset bernilai ratusan trillion ringgit sejak 25 tahun lalu ialah bilionaire, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah.

Rakan media ICIJ di Malaysia juga mendedahkan bahawa dua anak lelaki Daim adalah pemegang saham sebuah syarikat Shell yang memegang hartanah berjuta-juta dolar di London.

Bagaimanapun, Daim menafikan sebarang salah laku.

Mempunyai entiti luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, tetapi dalam beberapa keadaan, amalan itu dikaitkan untuk mengelak cukai.

Baca:

Makkah semakin subur, hujan kerap turun, tanaman menghijau, apakah ini suatu petanda…

‘Beritahu kalau ada hotel sajikan khinzir’ – ‘Sempoi’ je reaksi Menteri Pelancongan

Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang