Realtime website trackingweb stats

Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan

Oleh AHMAD ISMAIL

Cuba dulu, pasti jadi! 4 cara semula jadi hilangkan bau kepam dalam kereta.

Tidak dinafikan bau kepam dalam kereta boleh menyebabkan sakit kepala dan tidak selesa kepada pemandu lebih – lebih lagi apabila terdapat penumpang di dalamnya.

Siapa je yang suka bila buka sahaja pintu kereta, bau yang kurang enak masuk ke rongga hidung, kan?

Tambahan pula, hujan selalu turun menyebabkan keadaan menjadi lembap seterusnya boleh mendatangkan bau yang pastinya sukar dielak.

Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan

Mungkin ramai yang masih mencari – cari cara mudah untuk mengatasi bau yang memeningkan ini.

Berikut kami kongsikan beberapa cara mudah untuk menghilangkan bau kepam yang menyelubungi ruang kereta anda.

Paling penting…. Ianya menggunakan bahan semula jadi sahaja. Berkesan!

1. Arang

Perkara pertama yang mungkin anda perlu pertimbangkan ialah meneutralkan bau kepam yang ada dalam kereta itu.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketul arang dan letakkannya di dalam bekas atau bungkuskan dengan tisu, kain dan letakkan berhampiran Kawasan berbau itu. Tips ini dapat menyahkan bau kurang enak dalam kereta.

2. Pandan

Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan

Seperti yang kita semua tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarka.

Anda hanya perlu petik daun pandan di belakang rumah atau beli Sahaja di kedai. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian dan ikatkan.

Seterusnya, bolehlah letakkan di bawah tempat duduk kereta atau mana2 ruang yang tersembunyi. Tapi, jangan lupa tau untuk kerap menggantikannya dalam tempoh 2-3 minggu.

3. Lemon/limau kasturi

Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan

Sekiranya kereta anda ada bau kepam disebabkan tumpahan makanan, cuci seperti biasa. Kemudian perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian itu. Biarkan seketika dan bilas.

Jus lemon/limau kasturi boleh dibuat dan simpan dalam kereta. Anda hanya perlu campur perahannya dengan sedikit cuka dan air kerana ia boleh melawan kulat dan bau hapak.

4. Biji kopi

Siksanya kereta bau kepam tak hilang, guna cara ini baru berkesan

Beberapa biji kopi boleh diletakkan dalam bungkusan kain dan boleh menggantungkannya berdekatan dengan pendingin hawa kerana ia bukan Sahaja dapat melawan bau kepam, malah dapat membuatkan pemandu hilang rasa mengantuk.

Sebagai pemilik kereta, anda bertanggungjawab untuk memantau kebersihan dengan lebih kerap. Pastikan tiada objek terbiar lama dalam kereta.

Jika anda telah mencuba pelbagai cara hilangkan bau kereta tetapi gagal, mungkin ianya memerlukan perhatian khusus.

Baca:

‘Beritahu kalau ada hotel sajikan khinzir’ – ‘Sempoi’ je reaksi Menteri Pelancongan

Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang

‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak