Realtime website trackingweb stats

Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang

Oleh ADINDA

Semalam, sejumlah ikan ditemui terdampar di pantai di Filipina, dan penduduk setempat menganggapnya sebagai anugerah dari Tuhan.

Walaupun begitu, ada juga yang merasa risau bahwa hal tersebut dapat menjadi petanda adanya bencana alam yang akan terjadi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Sanook.

Seorang pengguna Facebook, Diane Lawa Tagun telah berkongsi video kejadian yang luar biasa pada hari Ahad.

Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang

Dalam video itu, kita dapat melihat penduduk di kawasan Masiim, di wilayah Sarangani, Pulau Mindanao, selatan Filipina, menemui ikan yang berenang ke darat dan kemudian mati di tepi pantai.

Beberapa penduduk tempatan di situ memberitahu wartawan bahawa mereka berjaya menangkap ikan dalam jumlah yang besar dan boleh mencecah beberapa tan.

Sebelum ini, pihak berkuasa setempat di bandar Hakodate di Hokkaido, Jepun menemui puluhan ribu ikan sardin dan kembung yang mati di sepanjang satu kilometer pantai tersebut.

Terdapat sesetengah daripada mereka yang mengumpul ikan tersebut untuk dimakan atau dijual, namun pihak berkuasa memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil makanan dari laut itu.

Disebalik kejadian aneh itu rupanya benar telahan masyarakat bahawa akan ada gempa bumi berlaku di kawasan itu.

Hari ini gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda di pantai selatan Filipina, kata Kajian Geologi AS (USGS).

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan memberitahu, tiada laporan mengenai korban atau kerosakan.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer (43 batu) kira-kira 100 kilometer di tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao, kata USGS.

Menurut Sistem Amaran Tsunami AS dan agensi seismologi Filipina, gempa bumi itu tidak mencetuskan amaran tsunami.

Baca:

‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak

‘Mengarut sangat dah ni’ – Rosyam Nor anggap rumah pelacuran perlu untuk pendatang asing

‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah