Realtime website trackingweb stats

‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah

Oleh ARIF ABDULLAH

Dayang Anisha Rosnah Adam bukan sahaja cantik malah boleh membaca al-Quran.

Ramai memuji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah itu susulan tersebarnya rakaman video sedutan majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka.

Majlis itu berlangsung pada 3 Januari lepas diikuti pada 7 Januari dengan istiadat secara rasmi iaitu Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.

'Dahlah cantik boleh mengaji lagi' - Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah

Menerusi video tersebar, Dayang Anisha dilihat memakai pakaian serba putih serta majlis itu turut dihadiri oleh Putera Mateen.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa teruja mengikuti istiadat perkahwinan diraja tersebut selain menanti detik hari pernikahan pasangan berkenaan.

“Masya-Allah, sudah cantik boleh mengaji lagi.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha dan cara Dayang Anisha senyum pada Putera Mateen sangat comel,” demikian kata warga maya.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja Brunei ini akan berlangsung selama 10 hari.

Bagi akad nikah pasangan itu pula dijadualkan berlangsung pada 11 Januari nanti.

@jackiebohari♬ original sound – Jackie Bohari

Baca:

Biadab ‘membuang’ tepi jalan, lagi kes warga negara maju lepas hajat merata

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih