Realtime website trackingweb stats

Biadab ‘membuang’ tepi jalan, lagi kes warga negara maju lepas hajat merata

Oleh ABDULLAH HAMID

Heboh seorang lelaki dipercayai warga Singapura dengan biadab membuang air kecil di tepi jalan berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Hal itu tular menerusi perkongsian dua foto di media sosial X memaparkan lelaki tersebut memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ‘melepaskan hajat’ secara terbuka.

Perangai keji itu dipercayai dirakam pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan, baru-baru ini.

Biadab 'membuang' tepi jalan, lagi kes warga negara maju lepas hajat merata

Rata-rata warga maya berang termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa Singapura supaya mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Okey, selesai buat laporan kepada polis Singapura. Tolong beritahu mereka supaya jangan buang air di Kompleks Kastam Johor Bahru.

“Perangai tak semenggah, ‘first world country’ (negara maju) katanya.

“Nanti nak buat hantaran ke kumpulan Facebook Singapura. Terlalu maju sehingga buang air merata,” demikian kata netizen.

Sebelum ini, sudah beberapa kali tersebar gambar menunjukkan individu dipercayai warga Singapura tanpa segan silu ‘melepaskan hajat’ secara terbuka.

Ada yang menganggap penguatkuasaan undang-undang di negara ini yang tidak ketat seperti negara seberang Tambak Johor itu menjadikan segelintir warga Singapura berbuat biadab termasuk kencing merata.

Baca:

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih

Cuka dan baking soda antara bahan mudah bantu bersihkan dapur hitam