Heboh 3 lelaki termasuk wartawan lidah rasmi Pas, Harakah cuba menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak di Bukit Megawati, Seksyen 7, Shah Alam.
Ketika rancangan mahu menjatuhkan kerajaan yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ masih diperkatakan, ada yang tegar membuat ‘Langkah Salah’.
Turut kantoi pada petang 5 Januari itu adalah pemuda Pas Selangor, Muhamad Sufi Kamari.
Dia tahun lalu kecoh buat ‘live’ jam 3 pagi mendakwa longgokan sampah di Batu 18 Hulu Langat tidak diuruskan dengan baik.
Tujuan mereka menceroboh menimbulkan persoalan sedangkan Datuk Seri Amirudin Shari pada hari yang sama itu bersama Yang di-Pertuan Agong melawat kawasan penanaman padi di Sekinchan.
Mengikut laporan polis yang tersebar, wartawan Harakah berkenaan didapati menyorok di tempat duduk belakang kereta yang dinaiki dua individu itu.
Itu cubaan kali keduanya untuk masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar kerana 10 minit sebelum itu, wartawan berkenaan juga berbuat demikian tetapi dihalang.
Rata-rata warga maya menganggap perbuatan mereka melampau dan perlu dikenakan tindakan tegas.
“Lain macam dah ni, sampai nak ceroboh masuk.
“Tak pasal-pasal masuk lokap.
“Jom sama-sama kita buat solidariti untuk pahlawan kita sambil bersedia lima kupang untuk dana tin milo,” demikian antara sindiran netizen.
@jason.yew Penyokong PN & wartawan Harakah ceroboh rumah MB Selangor ditangkap? #harakahdaily #perikatannasional #cerobohmasuk #mbselangor ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) – LEOPARD
Baca:
Lelaki ini dedah ‘taktik’ nak suruh bagasi keluar paling awal dari pesawat, tak payah tunggu lama
Perasan tak harga barang online naik sikit sejak minggu ni, rupanya undang-undang baharu 2024