Jarang generasi tua orang Melayu dahulu menghidap sembelit kerana mereka mengamalkan makan daun sirih.
Itu antara perkongsian Mak Njang Ina di TikTok sambil menunjukkan sirih yang ditanam di rumahnya selepas sukar mendapati daun berkhasiat untuk semasa perkahwinan anaknya dua tahun lalu.
Daun sirih dalam kehidupan seharian orang Melayu dahulu banyak membantu dalam penjagaan aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi.
Dalam adat istiadat Melayu terutamanya, daun sirih muncul dalam majlis perkahwinan bermula daripada merisik, pertunangan, bernikah, bersanding dan beradu, daun memainkan peranannya yang tersendiri.
Sebenarnya, daun sirih mempunyai banyak kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada badan untuk bekerja lebih baik.
Ada dua jenis daun sirih, iaitu sirih hijau dan merah, tetapi lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau.
Mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, daun sirih juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit.
Boleh dah kita pakat-pakat cari pokok sirih untuk ditanam tepi rumah.
Ini 11 antara manfaat sirih:
1. Daun sirih mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal kulit seperti kurap dan kayap.
2. Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk wanita berpantang.
4. Menghalang dan menghentikan hidung berdarah.
5. Membantu menghilangkan bisa dan bengkak kesan gigitan serangga dan tebuan.
6. Menghilangkan atau meneutralkan bau badan dan bau.
7. Mengurangkan demam panas serta kembung kanak-kanak.
8. Menghilangkan sakit kepala, gatal dan kelemumur.
9. Bantu mencantikkan wajah, menghilangkan kusam, parut jerawat, jeragat, selain melembapkan dan mencerahkan kulit, melebatkan bulu kening dan dijadikan masker.
10. Sebagai bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
11. Merawat penyakit sendi dan bisa tulang.
@maknjangina60♬ original sound – MAK NJANG INA
Baca:
“Yang kau pergi ‘sembah’ pelaburan di Telegram tu kenapa?” – Arash Mohammad