Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dulu terkenal sebagai moderator bagi program mingguan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.
Sekarang, bapa kepada pelakon muda, Syafi Tee ini merupakan pensyarah di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Dalam satu ceramahnya bagi mengisi slot Kuliah Dhuha di Kompleks Ibnu Sina, Kulim di Kedah baru-baru ini, beliau mengingatkan pentingnya tentang satu sunnah Nabi Muhammad SAW ketika makan yang mungkin ramai tidak perasan.
Ustaz Ridhuan mengajak masyarakat mengamalkan makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat
Selain itu, beliau mengingatkan pentingnya kurangkan pengambilan nasi serta bahaya pengambilan gula berlebihan yang digelarnya sebagai ‘racun’.
Katanya, manis pada buah-buahan sudah cukup untuk menghilangkan rasa ketagih pada manis.
“Kita perlu sihat sebab banyak kerja nak buat,” katanya.
Ini 4 sebab mengapa elok makan buah terlebih dahulu ketika perut kosong seperti disebutkan oleh Ustaz Ridhuan:
1. Banyak serat dan mudah hadam
Perut kosong perlu dimasukkan dengan makanan yang lembut terlebih dahulu dan mudah dihadam. Buah yang banyak serat atau fiber mudah dihadam.
Itu sebabnya, waktu berbuka puasa, kita digalakkan mengambil kurma sebelum disusuli dengan makanan berat.
2. Manis dan menurunkan selera
Sifat kebanyakan buah-buahan adalah manis. Rasa manis ini rupanya dapat menurunkan selera sekaligus mengelak diri daripada makan berlebihan.
3. Bersifat alkali
Buah-buahan bersifat alkali dengan nilai pH lebih 7. Makan terlalu banyak makanan berasid akan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.
Sebaliknya, enzim dalam buah-buahan bahkan dapat mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.
4. Mentah
Buah sifatnya mentah dan mempunyai banyak khasiat. Bila makan buah dulu, perut menyerap dan menghadam dengan cepat.
Itu sebabnya perlu makan buah dulu sebelum makan makanan lain.
Baca:
Boleh pakai ‘niat’ saja memandu, rupanya Mercedes dah cipta kereta ambil idea Avatar
Order makanan percuma ‘ubat’ sakit perut, kejutan ‘hadiah’ Krismas ini buat ramai terhibur
‘Saya tidak dapat menanggung kesakitan!’ – Luahan wanita muda Gaza ini menyedihkan