Realtime website trackingweb stats

‘Sebak tengok dia terpaksa guna kereta lama’ – Ramai puji polis ini bantu orang tengah jalan raya sibuk

Oleh NUR KASIH

Orang ramai memuji sikap prihatin seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu individu sedang mengalami kerosakan kenderaan di tengah jalan.

Serentak itu juga, ada yang mengaku sebak kerana pemandu lelaki terbabit terpaksa menggunakan kereta lama.

Dalam kejadian berlaku di sekitar Petaling Jaya itu, polis berkenaan dipercayai sedang melakukan rondaan sebelum berhenti untuk membantu pemilik kenderaan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.

Menerusi video tular di laman Facebook itu, pemandu kereta itu yang juga pengawal keselamatan baru sahaja membelikan hadiah untuk anak-anak sebelum kenderaannya rosak di tengah jalan.

“Disebabkan segi tiga (keselamatan) tidak ada, kami terpaksa gunakan kon polis untuk menyuraikan trafik demi keselamatan bersama.

“Kami juga cuba tahan kenderaan lain untuk beri bantuan sebelum pihak insurans sampai. Namun, pada awalnya kami tidak berjaya.

“Mujurlah ada pemandu jentera kaut yang sanggup berhenti dan berikan bantuan awal kepada kami,” katanya dalam video itu.

Sementara itu, menurut hantaran di laman Facebook PRDM, pegawai berkenaan merupakan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Rata-rata memuji tindakan anggota polis tersebut yang sanggup berhenti menghulur bantuan walau sedang sibuk bekerja.

Warganet berharap lebih ramai anggota PDRM bersikap demikian serta dalam masa menggesa masyarakat segera memberi pertolongan kepada mana-mana pengguna jalan raya yang berada dalam kesusahan.

“Inilah lambang perpaduan di negara kita.

“Rahmat Allah turun kerana melakukan sunnah nabi. Mempermudahkan urusan orang lain.

“Terbaik PDRM. Sebab itulah, kalau polis tahan berilah kerjasama. Jangan cepat melenting. Kalau tidak buat salah jangan takut. Semoga dipermudahkan urusan semua anggota beruniform di luar sana.

“Syabas PDRM, memang terbaik anggota tersebut. Dalam keadaan begitu, abang tu mesti panik. Dengan kehadiran anggota tersebut, inshaAllah dapat membantu,” demikian antara kata netizen.

Baca:

Boleh pakai ‘niat’ saja memandu, rupanya Mercedes dah cipta kereta ambil idea Avatar

Order makanan percuma ‘ubat’ sakit perut, kejutan ‘hadiah’ Krismas ini buat ramai terhibur

‘Saya tidak dapat menanggung kesakitan!’ – Luahan wanita muda Gaza ini menyedihkan