Realtime website trackingweb stats

Boleh pakai ‘niat’ saja memandu, rupanya Mercedes dah cipta kereta ambil idea Avatar

Oleh AHMAD ISMAIL

Ibarat boleh pakai ‘niat’ saja memandu, Mercedes sudah pun mencipta kereta berkonsepkan filem sains fiksyen, Avatar.

Syarikat pengeluar kenderaan mewah itu mencipta Mercedes Vision AVTR yang boleh dikawal oleh minda manusia.

AVTR ialah singkatan kepada filem Avatar tetapi juga untuk perkataan ‘Transformasi Kenderaan Lanjutan’.

Ketua reka bentuk Mercedes, Gorden Wagener berkata, “Pengalaman pengguna sebagai elemen utama adalah setanding dengan organisma simbiotik.”

Mengikut filem Avatar, orang Na’vi akan menunggang makhluk terbang dan membuat hubungan simbiotik melalui rambut mereka.

Sama seperti Mercedes Vision AVTR, pemandu akan menghubungkan fikirannya dengan kereta itu menggunakan perisian Antara Muka Komputer Otak (BCI).

Kereta itu tidak dapat dipandu dengan hanya berfikir, tetapi pemandu dapat mengawal perisian dalaman kenderaan seperti menukar saluran radio dan memilih warna pencahayaan.

Selepas memakai topi keledar, otak akan bertindak balas terhadap rangsangan visual yang kemudian dihasilkan oleh peranti.

Baca:

Order makanan percuma ‘ubat’ sakit perut, kejutan ‘hadiah’ Krismas ini buat ramai terhibur

‘Saya tidak dapat menanggung kesakitan!’ – Luahan wanita muda Gaza ini menyedihkan

Pengguna lebuh raya nikmati tol percuma pada 23, 26 Disember, rupanya ada sebab tarikh itu dipilih