Realtime website trackingweb stats

‘Ustaz cakap senang sebab semua dah ada’ – Jemaah masjid dedah 4 jenis harta ustaz dah ada

Oleh ADINDA

Apabila buku bertemu ruas kenalah tembak berdas-das. Itu yang berlaku melibatkan seorang ustaz juga penceramah terkenal dan seorang jemaah masjid.

Ustaz itu ‘disekolahkan’ dan diberitahu kepada jemaah lain tentang 4 jenis harta yang penceramah itu dah ada.

Empat jenis harta itu ialah tiga buah kereta mewah, tiga unit rumah serta kebun durian yang didakwa terletak di Kuala Kangsar, Perak selain bayaran sebagai penceramah.

Dia disoal jemaah terbabit selepas seruannya supaya jangan kejar harta dunia lagi apabila berusia 50 tahun, sehingga dikatakan tidak menyambung sesi ceramahnya di masjid tersebut.

Menerusi perkongsian di X, jemaah berkenaan bangun bagi mewakili jemaah lain selepas ustaz itu mengeluarkan kenyataan jemaah tidak perlu mengejar harta dunia lagi apabila mencecah usia setengah abad.

Kata penceramah itu, umat Islam tidak perlu lagi mengejar harta dunia dan perlu menumpukan kepada ibadat semata-mata.

Susulan itu, jemaah yang berani itu bangun dan ‘membetulkan’ ustaz itu bahawa golongan susah seperti jemaah lain tidak boleh berehat kerana dengan umur itu mereka masih tidak mempunyai rumah sendiri lagi.

“Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah. Kalau tidak silap ustaz kebun durian di Kuala Kangsar.

“Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai ataupun tidak.

“Betul kita tidak perlu berebut harta dunia, tapi golongan susah macam saya, rumah pun tiada lagi. Kami tidak boleh berehat, kerja hari-hari kami pun kerana Allah.

“Adakah itu bukan ibadah? Ustaz cakap senang sebab ustaz semua dah ada,” bidas jemaah itu yang tular di media sosial.

Rata-rata warganet bersetuju dengan tempelakan daripada jemaah berkenaan malah menyifatkan ustaz itu tidak mengambil kira latar belakang sosioekonomi majoriti jemaah masjid tersebut.

“Pada asasnya, ustaz itu kena cakap atau nasihatkan begitu kerana tugasnya sebagai tetamu jemputan.

“Namun, pada hakikatnya B40 ini memerlukan apa yang ustaz itu jelaskan kerana situasi setiap orang itu tidak sama,” kata pengguna Facebook, Kashmir Amir.

Baca:

‘Tampal hari ni, esok berlubang besar balik’ – Heboh daerah ini banyak betul jalan tagih nyawa

‘Terkilan tak dapat usaha lebih’ – Ini sebabnya Aznil minta maaf selepas Ibnor Riza tiada

Selepas sokong pembunuhan di Gaza, sekolah di Amerika dah mula mahu tubuhkan kelab syaitan